Assalamualaikum uollss..
Heyya harini nak cerita pasal hari anugerah jumaat haritu hihi. Lambat sikit tulis sebab i was quite busy nowadays cewah haha busy amende entah. K back to le topic, serius dah lama gila tak naik pentas ambil hadiah, last pun time upsr sebab dapat 5A kekeke, upsr je pun kan. Time pmr tak dapat naik sebab kalau tak silap yang naik tu straight A's je and aku bukanlah salah seorang yang tergolong *sedih
So kali ni dapat jugak naik pentas, alhamdulilah syukur sangat walaupun tak lah straight A's but only 5A's je. Alhamdulilah jugak syukur sangat hehe. So pagi jumaat tu hari anugerah start jam 8 pagi, so aku dengan malasnya terpaksalah bersiap awal sebab kalau tidak lambat ah sampai sekolah kan.
So around 7.50am macam tu gerak pergi rumah aimi, sebab dah janji dengan dia nak pergi sekali takmau ah pergi sorang segan gila i haha. So sampai je sekolah daftar nama apa semua untuk sahkan kehadiran, terus jumpa cikgu sebab time ambil result haritu tak sempat jumpa cikgu. So jumpalah mereka semua and cakap thanks sudi ajar kiteorang yang agak nakal ni hihi. sempat lah bergambar sikit je sebab hari tu cikgu pun kelam kabut dengan preparations apa semua.
Alhamdulilah aku dapat dua anugerah, firstly sebab dapat 5A and second sebab dapat anugerah matapelajaran terbaik Tasawwur Islam, bangga duh. Haha tak sia sia aku ambil subjek tu walaupun at first macam ragu ragu jugak yela takut tak score kan. Tasawwur ni tak susah sebenarnya if kita baca sebab lebih kurang pendidikan islam jugak cuma bezanya subjek ni kena belajar sendiri,yelah nama pun subjek tambahan kan. Hehe alhamdulilah dapat A+ :)
Seronok jumpa kawan kawan semua sebab nanti dah tak jumpa dah, masing masing dah belajar tempat lain kan. I'm totally gonna miss those memories kat sekolah even just sekolah kat situ setahun lebih je, tapi best sangat dengan kawan kawan yang banyak membantu, yang pandai ajarkan yang kurang pandai. Helping each other lah kiranya kan, thanks friends. So kat sini ada lah sikit gambar aku letak haha tak banyak pun sebab cilok gambar diaorang :)
Itu je nak cerita kali ni hehe, have fun semua XD