Salam ramadhan al mubarak gaiss :)
Dulu tak ada pun terfikir nak masuk smka masa form 1 tapi tu lah rupanya mak apply kan senyap senyap untuk anak dia ni. Masa dapat surat tawaran, i was like "ish sapa yang apply ni ?" "taknak la masuk smka" haha nak tak nak dah dapat kena la pergi. Arahan mak kan sobsob tapi aku percaya apa yang mak tentukan and pilih ada hikmah.
Buktinya dari masa sekolah rendah liat nak sembahnyang masuk smka jadi kekok rasa awkward kalau tak sembahyang full. Bagus betul hasil tarbiah kat smka ni uhuks (insaf kejap)
Back to le story
Apa yang best tentang smka ni is that suasana islamik dia yang perhaps kau takkan dapat kat tempat lain (bagi aku la).
Rutin harian
(masa sekolah)
4.30am : masa ni dah start bangun sebab asrama kitorang selalu takde air bila dah pukul 5 lebih so bangun awal mandi awal takyah berebut haha
6.00am :subuh berjemaah kat surau eh ke masjid org panggil ? tk sure.
around 7am : kumpul kat dataran kejat untuk perhimpunan and dimulakan dengan bacaan asmaul husna and bacaan al quran (semua kena bawak tafsir sebab hari2 akan baca satu page ramai2 sambil berdiri)
7.30am-2.30pm : sesi pembelajaran
2.30 pm : solat zuhur sendiri kt surau and makan di dewan makan(rindu gila dm sebab makanan semua gila sedap sumpah wa cakap lu konfirm makan habis punya)
3.00 pm - 5.00pm : prep petang kat kelas masing2 (masa ni ramai akan buat homework la siapkan nota la atau tidur hekhek macam aku sebab ngantuk woi study pepetang)
5.00 pm : solat asar berjemaah and bacaan al mathurat (hari2 baca sampaikan boleh hafal dah satu al mathurat tu alhamdulilah)
6.30 pm : makan malam kt dm and siap utk ke surau
7.00 pm : untuk form 1 and form 2 akan ada akak cewah senior form 4 handle untuk ajar zikir. macam2 zikir baca. or berzanji ramai2. ataupun ada sesi tazkirah pendek atau ada sesi teguran haha tk suka part ni. siapa datang lambat lebih waktu kena tulis nama and nanti hujung minggu ada lah denda
9.00 pm : dah habis isyak terus gerak kelas utk prep malam
11.00 pm : habis prep boleh gerak dm untuk supper ataupun yang malas akan terus balik asrama siap untuk esoknya. time ni berebut nak iron baju sekolah esok, nak basuh baju yakni cop sinki kat toilet, yang mandi pun ada haha.
11.30 pm : bacaan al mulk dalam halaqah setiap dorm masing2. al mulk kena hafal start dari form 1. ada naqibah akan tasmik. makin naik tingkatan makin banyak surah kena hafal. contoh yassin, al waqiah and yg lain
12.00am : tidur. light off and pengawas kana jerit "tutup lampuuuuuu" hahahha yang dorm degil tu memang kena sound ah. suara satu asrama boleh dengor. kihkih lawok
(masa weekend)
hari sabtu,
selalunya pagi lepas subuh berjemaah sarapan apa semua akan ada prep pagi kat kelas masing2. pakai baju prep and sebelum tu berkumpul kat asrama dulu beberapa minit bru gi kelas. habis prep around 12pm lepastu makan tenghari zuhur apa semua and aktiviti sendiri tk kisah la nak tidur ke basuh baju ke apa ke sukati kau melainkan ada program haha aku tak suka program weekend ganggu masa rehat
hari ahad,
pagi tu gotong royong. sebelum tu akan ada perhimpunan dulu cam biasa. akan ada sesi hafal hadis. sebelum ahad tu akan ada pihak badar macam ajk surau la tulis hadis kat papan putih bawah asrama tu and semua kena hafal. nama siapa naik masa perhimpunan kena baca sekali terjemahan (alhamdulilah ler tak pernah kena naik nama hahaha) lepas habis semua aktiviti sendiri dan berulang la rutin harian macam biasa.
ni dewan tempat kitorang exam. sempat amik pmr je kat sini lepastu spm kat sekolah lain hihi
ni bangunan form 3 rasanya kelas atas tu. tengah tu em bilik guru bawah tu pejabat bilik meeting bagai
ni lah dataran kejat (kalau tak silap aku tu nama dataran ni, tempat perhimpunan)
satu2 gambar kelas aku ada masa ni form 2 ke form 3 eh alah lupa tapi memang best. aku paling suka kelas ni selama aku belajar kt smka hihi banyak kenangan oi
masa ni form 2. join projek warga macam projek under bi lah melibatkan sekolah negeri perak. diberi satu isu contoh jalan raya ke kemalangan ke lepastu kena search info. mcam kitorang dulu siap pergi balai polis buat siasatan ewah haha :) tahu tak pembentangan ni kat mana? kat upsi. kat auditorium. jenuh ingat mana tempat ni rupanya kat audi haha. aku la tu pegang mic konon tak gentar bila bercakap padahal tuhan je tahu nerves nye haha. siapa sangka aku sekarang salah seorang pelajar upsi ? kihkih alhamdulilah rezeki.
sampai sini je nak cerita. banyak lagi act pasal sambutan la sukan la tapi nanti entry panjang sangat pulak so kita simplify je lah hihi.