Monday, June 29, 2015

Pembangunan Sahsiah

Assalamualaikum heh lama gila tak update entry dekat blog. Tak ! bukan apa memang tak update pun tapi selalu busy and kadangtu dah bukak tapi takde idea nak tulis pasal apa wehee

So, harini terasa nak cerita pasal satu program yang aku and my groupmates handle haritu. Eh tkdela haritu sangat lama dah haha tengah sem haritu rasanya kalau tak silap. Program outreach untuk subjek pembangunan sahsiah.


so ni lah ncdrc (national children development research centre)



jalan kaki je uolss jimat hahaha

So haritu lepas plan berapakali punya plan, capai kata sepakat buat kat tempat dekat je. jimat bajet pengangkutan mwehehe setakat kat ncdrc dalam upsi je. oh kauorang mesti taktahu ncdrc apa kan em if tk silap aku tu singkatan national children development research centre.

ncdrc ni mostly budak budak dari kalangan anak lecturer rasanya. so high sikit demand nak buat program sini. aktiv iti kena bagus makanan nak bagi pun kena berkhasiat bebetul tau (kitorang cadang nak bagi roti dengan air kotak biasa je but it turns out that kitorang kene bagi susu uht dari bg susu biasa. i was like -,- omg over nye aku dulu elok je minum air biasa dah masuk uni dh skrg haha)

ok tu je part geram sikit ....

jadi sebelum apapun let me introduce my super duper amazing groupmates. sayang gila diaorang n sebab aku rasa program kalini memang diadakan dengan sangat jayanya sekali.


rondy azhar, nad, yan, aisy, and me



tambahan lagi sorang azam sebab dia ukan amik gambar haha so kena gilir2 untuk dapatkan gambar semua

tema kitaorang biru. aku baju biru yang ada satu tu je la baju kmns hahaha pun boleh la kan janji menutup aurat acewah.

anggaran kos kitorang program ni agak tinggi jugak and duit memang datang dari duit poket masing masing. sebelum mula program memang kami dah pi beli barang apa semua dari segi breakfast dorang hadiah apa semua.

oh lupa program kitaoran ni melibatkan budak umur 5 dengan 6 tahun. kauorang boleh imagine how hard to control these kids ? ohmai aku kalau takde sabar memang dah kena lepuk dah sorang sorang haha. mana taknya time tengah buat aktiviti panaskan badan ade yang gaduh kt belakang. ada yang taknak join ada itu ini. biasa lah budak kan memang mcam ragam. sebabtu tak semua boleh jadi cikgu tadika walhal kau tengok macam eh senangnya la tapi kalau tk reti control budak toksah la jd cikgu tadika naa haha

at first jumpa budak budak suruh dorang panggil kitaorang abang and kakak tapi ada cikgu deme kebetulan masa tu and cakap kena suruh dorang panggil kitorang cikgu baru dorang akan dengar cakap.

maka bermula la adegan cikgu dan anak murid haahah

"cikgu.. dia taknak kawan saya"
"cikgu tengok ni rambut saya cantik kan"
"cikgu jom tengok cerita kartun"

dan.. banyak lagi lah cikgu itu ini hahaha

memang seronok bila org panggil kita cikgu. and impian aku dari kecik lagi memangnak jd cikgu kononnya nk ikut jejak mak kan so program ni sedikit sebanyak menaikkan lagi semangat nak jadi pendidik one day nanti in shaa Allah

jom cikgu belanja gambar masa program hihi








banyak lagi gambar tapi line internet ni lambat ngalahkan siput je. so apapun program ni memang best and im looking forward to be a real teacher soon. amin





Wednesday, February 4, 2015

3 minggu sudah berakhir

Assalamualaikum.

Harini terdetik nak menulis dalam blog tetiba haha. 3 minggu ni dapat banyak pengalaman, kenangan pahit manis getir semua ada. Rasanya tak terluah kalau nak cerita secara details satu persatu yang berlaku sepanjang tiga minggu cuti sem yang sepatutnya kami cuti sem tapi aktiviti palapes dan misi banjir pula yang kami buat. 

Kita mula dengan minggu pertama cuti sem. As usual habis exam kan, semua orang mula balik kampung. Kami palapes ni kentalkan hati, cekalkan diri stay kt upsi selama tiga minggu walhal sepatutnya kem cuma dua minggu tapi ditambah extra lagi seminggu sebab ada misi banjir waktu minggu first cuti sem ni. 

Misi banjir kami ke kuala krai, kelantan. Bukan kitorang team palapes je yang terlibat tapi suksis, sispa and orang awam dari persatuan lain pun terlibat sama. Kalau tak silap dekat 700 lebih gak kot student upsi pergi misi banjir yang keempat ni. Almost 20 bas jugak kitorang bergerak dari perak ke kelantan. Jauh beb ke sana, kematu kitorang dalam bas haha, Bertolak dalam pukul 10am and sampai dekat sekolah teknik vokasional kuala krai dalam pukul 8.30pm maybe lambat sebab kitorang banyak stop kot haha. Kat sana seriously memang tak ada elektrik sekolah tu sebab ye lah baru habis banjir kan fasiliti pun belum dibaikpulih sepenuhnya lagi. Tidur kat asrama putera dorang walaupun bergelap tapi best sebab first time rasa pergi jauh macamni dengan family palapes hehe. Banyak jugak kerosakan kat sana tapi sebab masa kitorang pergi tu banjir pun dah surut and dah ada misi lain yg datang jd tak teruk sangat la keadaan kat sana berbanding dengan masa misi pertama upsi ke situ. Banyaknya bergambar je la kat sana haha tapi at the same time, kerja pun jalan gak. Walaupun penat, tapi bila kita ada sifat ikhlas nak bantu orang lain kita akan rasa seronok. Sambil mencuci sambil menyanyi bagai haha. It was a great experience tho. Tak semua dapat merasa pengalaman menolong mangsa banjir. Setakat kau jadi keyboard warrior kat laman sosial kata macam macam, why dont kau turun dan beri pertolongan sendiri kan. Berat mata kita ni memandang mereka. Berat lagi bahu mereka yang memikul, Alhamdulilah syukur sangat sebab diberi peluang yang satu ini untuk membantu mereka saat mereka memerlukan kita. 











Habis tamat minggu pertama dengan jayanya misi banjir. 

Masuk pulak minggu kedua yakni lebih dikenali sebagai fasa medan. K maksud fasa medan ni kan kitaorang masuk hutan la. And sebab kitorang baru junior so basically lebih kepada pembelajaran asas lah. Masuk hutan yang dekat upsi jugak tapi kau bayangkan lah berjalan kaki dengan bagpack yang berat gila nak mati tu berjalan dari kolej kab sampai ke hutan belakang dewan besar. Can you just imagine that ? Perjalanan kitorang bukan takat tu je, dah sampai kat pusat koko tu kitorang jalan lagi masuk kedalam lagi hutan and dalam lagi sampaikan merentas sungai bagai. Gila memang mental rabak habis ah masa tu haha. Sampai je port kitorang yang ditentukan mengikut platun, kitorang kena buat pengkalan. Ada lah tebas pokok sikit, buat diameter lilitan pengkalan, korek kubu bagai. Paling sadis sekali, seharian ni korek kubu walaupun tak la dalam mana kan ada lah dalam lutut je pastu petang tu hujan. Kubu bertukar jadi kolam beb haha penuh air bertakung. Tak sempat merasa tidur dalam kubu tau. Malam tu kami diduga lagi, hujan lebat sangat tapi sebab nak hilangkan penat lelah ni kami gagahkan jugak ni tidur walaupun hujan lebat. Aku ni dah jenis tak tahan sejuk, peh memang vibrate satu badan menggeletar tahan sejuk time tu. 

Thanks to my buddy, athirah and dijah lagi sorang sebab dedua orang ni pakat peluk aku sebab nk hilangkan kesejukan tu sampaikan depa kata depa turut menggigil sekali bila aku menggigil haha. Macam2 lagi lah kitorang buat dalam tu sampaikan kadang2 mental koyak, nak nangis ada, nak keluar baris ada semua ada lah. But, believe me guys, masa tu je kau rasa stress masa tu je kau rasa pressure, tp bila kau dh lalui saat genting tu kan automatik babe perasaan tu hilang. Lagi2 bila ada kawan kawan family palapes ni yang sangat supportive. Yang tak rapat, yang tak kenal semua jadi rapat jadi kenal, Ikatan ukhwah ni kau susah nak jumpa kat luar sana. Sebab tu aku sangat sayang family ni. Ikatan ni yang buatkan aku kuat and kekal sampai sekarang. Im looking forward to stay sampai tauliah. In shaa Allah mudah mudahan :)


Ni gambar dengan juo kitorang yakni maksudnya puan senior puan abby yang jaga batch kitorang


Sempat bergambar dengan tuan oc yakni tuan batch 8 yang dah tauliah tahun lepas. Tuan jaga kitorang untuk kem tahunan dua minggu ni. Ada tambahan skuad dlm ni haha khai and nor. Aku rasa ngam gila bila kitorang berlima macamni. Sayang uolss muah muah hihi


Yang ni pulak dengan Tuan Karim tak ingat batch berapa tapi tuan pernah jadi best cadet ooo 


Last but not least, ni lah dua orang yang ada dengan aku dari awal masuk upsi sampai lah sekarang. Coursemate, arasmate, palapesmate haha semua lah. 


Tu je la nak cerita hahahha rasa macam buat karangan pulak. Al maklum le dah terbiasa life busy dengan aktiviti ni tetiba balik rumah tak ada apa nak buat dia jadi macam peh lifeless nye taktahu nak buat apa jadi kita berblogging lah pulak ye haha. Till we meet again people, adios amigos )

Wednesday, July 23, 2014

Apa eh tajuk ? hmm

Assalamualaikum w.b.t

Lama gila iolss tak update blog hahahaha. Harini buka blog and rasa macam nak update something well actually banyak nak cerita. So nak begin dengan apa ?

Jom cerita pasal result matrik haritu hihi eh haritu ke ? Lama dah dapat sebenarnya. Alhamdulilah cgpa 3.46 and actually sangat tak sangka boleh dapat macamtu well even bukan 4flat tapi rasa macam seronok sangat haha. Paling seronok bila bio dapat A, tak sia sia struggle gila subjek ni. Padahal time spm dulu bio aku C kot kahkah teruk gila. BUT paling seronok bila bagitau kat mak result and mak immediately peluk terus time tu perghh terharu gila k hehe. Seronok dapat tebus balik result spm yang banyak gred tu. Semua gred ada aku dapat tau hahah teruk nyaaa. Apa pun bear this in your mind "bukan pandai yg determines everything. Its all about our effort, doa serta tawakal" In shaa Allah mudah mudahan berjaya :)

K k next nak cerita time matrik ada jugak try lagi sekali apply ipg (institut pendidikan guru). Mak yag suruh apply at first and i was like okay no hal why dont we give it a try kan. Kot kot ada peluang ke kan mana kita tahu. Lepas spm dulu ada applu jugak but sebab result spm kurang memberangsangkan tak dipanggil langsung pergi interview. Tapi apply kalini pun actually guna jugak result spm. Kali ni ada dua kali saringan, first ukcg(ujian kecergasan calon guru) and for those yang dah pass ukcg baru akan dipanggil temuduga. Memang rezeki aku alhamdulilah lepas ukcg yg test kecergasan diaorang buat boleh tahan payah gak and dapat pergi temuduga tu. Ramai yg cakap kalau siapa dpt sampai temuduga that means 80% chances utk dapat ipg, so i really put high hopes onto that. Tapi yelah takda rezeki masa check result tak dapat pun ipg even first or second intake. 

Dengar cerita pihak kpm nak spm results over 7A ke atas macam tu. And i was like +.+ result aku 5A jeeeee. K fine k takpelah. menangis jugak seharian tu haha tp alhamdulilah as time flies i get used to it. Mungkin rezeki tak ada untuk jadi pendidik kali ni. Mungkin ada peluang lain yg lebih berharga masa akan datang. Bersangka baik je yg mampu kan. 

So sekarang secara rasminya aku jadi penganggur terhormat sejak habis matrik sampai sekarang wahahha. Nak kerja tapi nak ambil lesen dulu. Alhamdulilah dapat dah lesen kereta even kena repeat test sekali kahkah takpelah. Tapi duit banyak habis oh aduii. 

Ni nak dekat raya dah and the thing that frighten me the most is result upu akan keluar bulan ogos ni. Ah debar nya Allah saja yang tahu. Nampak je muka ni relaks macam takde apa jadi padahal takut cuak semua ada kahkah. Harapnya kos apa pun yang aku dapat nanti, aku mampu belajar bersungguh sungguh. Niat nak bagi mak abah and family semua gembira dengan pencapaian aku nanti. Pastu kalau dah grad boleh kerja bagus bagus boleh belanja family hihi. Nak belnja dorang makan lagi lagi mak teringin sangat nak makan lobster. Kena kumpui duit supaya hajat mak tercapai hihi. 

Okay lah dah pukul lima lebih dah ni nak siapkan makanan berbuka. Anak dara eloklah turun ke dapur kan tolong mak masak or apa apa yg patut hikhik. Ok kalau ada kelapangan lagi akan aku coretkan lagi dalam blog a.k.a diari online ku inii. Wsalam =]




Monday, March 17, 2014

Prepare for the final battle

Assalamualaikum..

It has been a long time though since i write my last post. I'm kind of busy lately wth lots of assignments, quizzes, tests and yeah final is just around the corner.

Dalam tak sedar, dah nak habis zaman matrikulasi kat pilah. How time flies isn't it ? Besar dah anak mak, dah nak sembilan belas tahun. Boleh kahwin dah kot ? Er haha okay no comment.

While i'm writing this post, actually it is science computer class and teacher has a work to do. Jadi kami pun apa lagi, ambil kesempatan lah on internet sat. HAHA. *peluang keemasan jangan dilepaskan

Lepasni bila aku baca balik post ni, tears must be dropping from my eyes. Remembering those moments at matrics. I swear ! I don't want to leave my friends. Those moments with them are priceless. NO ONE could ever replace them in my heart. Uhibukifillahjiddan ya ukhti. Sayang kau orang walaupun kau orang suka bahan aku apa semua tapi haha takpa. Life kan seronok. I take it as a joke. No hard feeling ok.

Otak serabut gila sekarang cause lo of things to be cover. Semua subjek aku risau. Risau tak dapat jawab time exam nanti. But before the exam starts, I'll make sure myself get fully prepared. Guys, doakan aku ye.

So I think sampai sini jelah kot. Idea tak ada sebenarnya haha. So till we meet again mr.blog. XOXO




Monday, November 11, 2013

Bestfriends

Assalamualaikum and hi !

Harini nak cerita pasal 3 girls at le matrics, which are also my besties. Kat sana dengan diaorang jelah aku rajin berkepit pun. Kemana kitaorang pergi for sure empat empat hado.

From left : me, ummu, sue, pia
Okay lets story bout them yeah.


Firstly kita cerita orang dekat dengan matrik, ummu syakirah. She's from negeri sembilan of course. Kalau kau kenal dia, peh mesti kau pun akan tergelak sakan. Dia kalau gelak, boleh buat orang lain pun sama gelak terbahak bahak kau tahu. Gelak dia paling unik pernah aku jumpa. Hehe *jangan marah*. Mula mula masuk matrik dulu, ummu la orang first aku tegur, entah kenapo. Haa berkawan lah kitaorang sampai lah macam mana entah pia dengan sue ni masuk join sekali. 

Haa sebelum tu kitaorang actually ada lima orang. Ni ha termasuk dengan nabihah kat bawah ni. Tapi sekarang dia dah pindah, ke uia pula kos architecture. Masih aku teringat backup plan yang beliau ceritakan pada kami suatu ketika dahulu. Uia salah satu backup plan nya. Alhamdulilah impian bihah tercapai. Kau belajar kat sana elok elok naa. Kami takda kat sana dah nak tengokkan kau. Jaga diri okay. We'll always gonna miss you. A lot.





Haritu last day dengan bihah, time tu aku dengan pia otw nak balik lah kan. Terserempak dengan bihah with her twins bella. Disebabkan ramai gila orang tengah beratur beli tiket time tu, and kitaorang pun tolong la belikan tiket untuk this twins. Sempat lagi bergambar nokss tepi tu haha sementara menunggu komuter sampai. Take care sayangss. We wish you best of luck there.

Okay back to le topic,

Lets talk about pia or her full name syafia hani bt abdul rahim. See ! Nama ayah kami sama. Sebab tu melekat jadi kawan sampai sekarang tehehee. Pia ni orang utagha bak hang, oghang aloqsetaq. Kadang kadang kan kitaorang berempat suka cakap utagha tau. Entahlah its sounds interesting to us. Nak kawin ngan orang utagha lah cemni. Haha. *gedik*



Okay sue pula. Dia ni peh muka nampak brutal gila. Tapi dia baik orangnya. Among the four of us, dia paling pandai and paling cepat pick up. Cikgu ajar sekali dah paham terus. Aku ? Banyak kali ajar pun belum tentu paham. Kekekeke. Tapi sue baik. Dia pandai terangkan kat orang. Masa awal dulu, kitaorang suka belajar bio dengan dia, kalau dia ajar tu dia explain memang terus lekat kat otak weh. Ilmu apa la dia pakai kan. Btw, thanks sue ajar kami hehe. Bolehlah jadi cikgu lepasni kan *winkwink

So sebenarnya kitaorang ni camewhore tau. Ada je gambar yang nak di snap kan. Haha, see this pictures..












What is a friend ?

A friends is someone always there
in the back of your mind,
providing feelings of comfort and security
A friend is someone 
who adds happy sparkle to your life,
joy, fun, a predictable creator of happiness
A friend s a stormproof shelter
from life's challenges, troubles, uncertainties,
an unassailable bond overcoming any challenges
strenghtening the connection in the process.
You are all this and more my friend.
Thank you for everything.

Good times + Crazy friends = Amazing memories





Sunday, November 10, 2013

Long time no see huh

Hi and hey there! Lama dah tak post kat blog ni because recently I'm quite busy with my finals. Well actually final dah hampir seminggu habis sebenarnya ehe. Lots of things happen though.

Aku taktahu apa sebenarnya nak post kat sini but still nak tulis jugak dari biarkan berhabuk je buat apa kan kan haha *lap habuk kat blog*

Hm bosan duduk rumah. Aceh bila kat matrik sibuk sangat nak balik rumah then bila dah balik bosan pulak kan. Apa kono eh jang ? Habis aku loghat nogori dah haha. Well about le final exam, tak banyak nak cerita. Bukan apa malas lah nak ingat, buat aku tension lagi adalah. Ya know what ? I think macam menyesal dulu tak amik diploma kat uitm tu. Tapi apakan daya kan. Nasi dah jadi bubur pun.

Hmm lepas habis final, mostly le matriculations students feel depressed enough. Ada yang menangis tapi yang seronok pun hado jugak lah. Itu maybe sebab dapat jawab exam elok kot.

Apa rasanya jawab final haritu ?

Entahlah nak cakap susah pun tak nak cakap senang umph lagilah tak. Semuanya bergantung pada usaha je sebenarnya. Paling aku malas nak belajar when it comes to chemistry. Dont know why. Padahal sebelum masuk matrik, aku dah target nak skor kimia sebab aku suka kimia. Then entahlah bila dah belajar rasanya macam tak boleh go pula. Ah lantak situ!

Paling sedih masa hari first exam. Macam mana lah boleh salah tempat duduk plus salah pusat exam. Aku rasa lah kan maybe sebab aku ni cuak sangat. Tu yang jadi macamtu. Bayangkan jelah, almost 5 minutes from exam start baru jumpa tempat. Buat malu je orang lain semua dah duduk dah tulis nama semua kat kertas yang aku ni tercari lagi tempat duduk. Malu gila weh. Alahai. Malas nak ingat dah rasanya.

So I just wish my results will be just okay. And except for my chemistry lah haha. Hopefully lulus pun dah ok! Harap lepas sem dua dengan jayanya and terus blah dari matrik yang sangat memenatkan tu amin.

Now tengah cuti sem 3 weeks. Lepastu balik matrik balik terus muet untuk test listening,writing semua. Ada ke yang study untuk muet eh ? Haha adalah kot kan. Aku jangan haraplah. Tunggu sem depan baru aku bukak buku balik. Enjoy la cuti dulu puas puas kan, haha.





So lots of things happen even baru sem satu. Yang paling tak sangka dapat masuk kakom.
Kakom tu macam sukan antara matrik lah. And aku dapat masuk hoki. Haha hoki ? Pelik kan, selama ni tak pernah langsung kot terfikir akan join this kind of permainan. But alhamdulilah, rezeki Allah kan. Kita taktahu apa yang Allah sediakan untuk kita. So i joined them but only reserve je lah. Itu pun as a goalkeeper. Haa jangan ingat den badan cemni tak boleh jadi keeper ye. Itu pun cikgu pilih. Hehe alhamdulilah. Reserve pun okay gak, takpayah main dapat markah koko. Simple right ? Hehe

So thats all for today.
Kalau rajin nanti i post another entry pulak. Well then assalamualaikum


Friday, August 9, 2013

Raya oh raya

Assalamualaikum and hey..

Mari kita tengok gambar raya sebab sekarang tengah rushing nak balik kampung yg satu lagi kat tapah pulak jadi tak sempat nak hurai lebih lebih haha. 

Enjoy :))















Itu je yang sempat diupload, haha. Anyway selamat hari raya maaf zahir batin. Doakan midsem lepas raya ni aku dapat jawab and score eh. Adios ~