Thursday, October 29, 2015

Not feelin well

Salam and hi!

Selsema teruk dah nak sebulan
Resdung mai balik dah (mata merah, hidung gatal, bersin macam hidung nak tercabut)
Harap sempat recover seblum latihan berterusan yang akan datang in 1 week lagi

Badan cuma panas time malam
Bila dah pagi elok je pastu malam panas balik

APAKAH ??!

Tak faham dengan sistem badan sendiri hahaha k tk lawak gelak pasaipa -,-
Nak balik ipoh harini
Saja nak jenguk mak abah adik adik

Kredit hour sem ni 16 je sebab dh drop kimia lulzzzz

Konon kosong sangat lah masa sem ni tp sama je busy nye pfftttt
Hadap lah tiga minor sem depan hah kelam kabut keliwoot kome
Berkejar sana sini uruskan minor
Hadap la weyyy 0.0

Oklah nak sambung buat english
Adios

Tuesday, October 20, 2015

What title shud i put ?

Assalam peeps. Its been a long time since i post something here

sooooooo
things are goin upside down recently
and and and i've been changing my minor subject
which is...... from chemistry to pendidikan jasmani (i forgot what is it in english miahaha)

but i've to pass the fitness test first before qualified into that course
worried about the bleep test
because im a type of cepat-penat-cepat-semput
fuhh wih me luck then

so there's about two weeks more before our latihan berterusan starts
yeah so im quite excited but scared at the same time
the staffs jurulatih and so on they're are goin to destroyed our mental hahah

sounds kejam kan T.T

but thats the truth
i hope i wont cry and most important thing is im planning to bring some foods and chocolates over there

i was so starving last camp
and dont want that to repeat again
so i came prepared hahahah

okay have to finish my assignments
but still lots of things i wanna share here
but perhaps next time okay

adios amigos\/


Monday, September 28, 2015

Stressssss

Assalamualaikum and hi

Sem 3 ni kenapa rasa macam tak terurus eh ?
Rasa macam kelam kabut sangat kot
Padahal nak banding dengan dua sem lepas, sem ni tak lah hectic sangat (konon)

Sebab

Sem sem lepas if ada tiga subjek bio tu
Semua ada lab report
Semua ada mini project

Sem ni ?
Lab report dua subjek je
Mini project rasanya sbc je yang ada sbk taktahu
Sbi memang dah lepak sebab banyak guna ict je kononnya blog bagai tanpa report segala

Tapi
Still kelam

Oh
Mungkin sebab sem ni dah ada minor
Kimia pulaktu
Elok la bio kimia dua dua dah berat
Hah tempuh la kau cha

Aku rasa mungkin sebab
Tak jumpa momentum lagi
Nak fight sem ni
Please semangat ku seru kau ke mari

Haih

Dah jom sambung buat assignment yang tak sudah sudah ni
Nanti aku meluah lagi ok incik blog

Muahhhh XOXO

Thursday, September 10, 2015

SEMESTER 3 BEGIN

Assalamualaikum and hai

Harini dah hari khamis jadi maknanya dah dekat lima hari la mula semester termasuk hari ahad daftar kolej. Hectic gila sem ni sebab dah mula tambah subjek minor. Ok so aku decide nak amik minor kimia walaupun aku tak lah pandai mana, lepastu spm dulu pun C hahaha orang mesti cakap teruknya spm lepastu macam mana boleh ambil kimia ? Kan ?

Same goes to biologi actually dulu tak score pun masa spm tapi tu lah kita kena set minda kita yang kalau orang lain boleh, kita pasti boleh. Ihiks

Jadinya, untuk minggu awal ni busy uruskan jadual yang clash, add subjek lah segala memang jenuh nak bukak kredit hour lagi. Alhamdulilah harini settle dah semua kecuali nak tunggu masuk kelas kimia nak tentukan lab bila. Harap tak clash lagi ah T.T

Semalam rabu, dah mula baris pagi yang pertama berpakaian baju po putih hitam macam junior dulu hahaha cepatlah baju po batik tu siap gua taknak dah pakai hitam putih ni please ah.

Sabtu ni pula dah mula latihan pertama kitorang as intermediate. One step ahead alhamdulilah masih bertahan sampai ni. Harap mental kuat untuk tempuhi lagi dua tahun perjuangan sebelum ditauliahkan menjadi leftenan muda nanti in shaa Allah hehe.

Saja lah nak update blog ni sebab blok E baru dapat wifi jadi macam walaweh eksaited yang amat hoho (padahal nak layan movie je pun hahaha dan download nota la konon ewah)

Oklah sampai sini je aku coretkan. Nanti free atau ada benda menarik aku update lagi okay.

Wassalam...


Monday, August 10, 2015

Short Vacation to Langkawi Island


Assalamualaikum uolss heheh.

Disebabkan bosan yang teramat jadi tangan ni rajin pulak nak menaip haha

Ok harini aku nak cerita pasal short vacay haritu to langkawi. Lama gila dah plan berbulan gak ah haha. Vacay kitorang kat langkawi ni 3 hari 2 malam.

Best gila sebab first time lah merasa bercuti dengan mmber kan rasa cam dah besar sangat hahaha yelah dah nak dekat dua puluh tahun dah. 

Jadi vacay ni firstly plan dengan mmber matrik pilah dulu pia, ummu dengan sue. Cadang nak gi bereempat lah memula tapi cam tk best je sikit orang so pia ajak kawan sekolah rendah dia amalina.

Jadi amal pun ajak la lagi empat orang kawan dia. Maka 4+5 = 9. Hahaha jadi semua sekali sembilan orang meriah lah kan sebab ramai kemain haha. 

Amal ni lah jadi masterplan nye sebab dia and geng dia dah biasa handle benda gini so dorang tahu lah bajet apa semua termasuk makan, penginapan, pengangkutan dengan aktiviti kat sana. So roughly kitorang bayar sorang rm190 (well that include penginapan kat charlie motel, makan, island hoping to beras basah island and tasik dayang bunting dengan pengangkutan which kitorg guna inova sbb ramai seh so muat la sembilan orang dlm tu haha)
................................................................................................................................................

First, aku, sue dengan ummu gerak dari tempat masing masing ke alor star (rumah pia). Malam tu beria la pia bawak pusing loqstaq haha. 


Ni masa petang hari aku sampai loqstaq sebab aku orang first sampai so pia bawak pi tasik ni ape entah lupa la apa nama dia haha. Sementara tunggu ummu dengan sue sampai menyempat la singgah sini bagi ikan makan hahaha



Yang ni masa malam kitorang round loqstaq. Ada gak ah orang lain bergambar situ hehe.

Esok tu baru gerak ke langkawi hiks

.............................................................................................................................................

Day 1,

Kitorang gerak dari jeti kuala kedah ke langkawi. Bayaran tambang feri rm23 seorang. 


Beg aku paling besar kan kat situ wakaka. Bukan apa senang bawak sebab beroda, padahal tak full pun barang sebab balik langkawi nak sumbat coklat dalam tu sekali hahaha. Bijak tak iols kikiki




Belakang tu syaffa nama dia, kawan amal yang duduk loqstaq gak. Kitorang gerak berlima hehe



Gambar ihsan pakcik google haha.


Lupa nak snap gambar haritu. So kat langkawi ni kitorang tidur kat charlie motel kat pantai tengah. Dekat je dengan pantai cenang boleh jalan kaki je. Motel ni yang atas kitorang tidur ni memang comfy gila



Satu malam rm70 per room. Share empat orang ke lima orang satu bilik dah jimat hehe.

Satu bilik tu ada dua katil queen size lengkap dengan aircond and tv, Jadilah untuk tidur malam je so as student yang ak berapa banyak duit ni haha jadi lah kan. Takpayah nak mewah sangat. Ni pun dah ahamdulilah sangat sebab motel ni situated betul2 depan laut. Memang best.




Masa ni kitorang nak pergi naik cable car so sementara nak sampai ke sana tu menyempat pulak bergambar kat sini. Tapi lupa la nama tempat dia apa nama harbor ke apa benda entah haha. Sorry gais bab ingat nama tempat memang aku fail hahaha.


Kitorang kalau tak selfie memang tak sah la kan haha



Ni masa dah sampai kat atas tu. Masa ni hujan la jadi naik cable car tu tak nampak sangat view luar. Kabus je so fefeling cam pergi cameron je lah haha.

Naik cable car or skycab ni charge dia rm 35 per person and kitorang masuk jugak skydome rm 5 per person.

Skydome ni tahpape je. Dia macam ko masuk dalam satu tempat ni duduk konon dalam wayang la tp kecik je pastu ngadap atas ada skrin bentuk cam kubah bulat gitu. So dia akan tayangkan kekonon ko naik roller coster la punya animation tapi aku tk rasa sangat pun haha sebab kejap je lima minit je. Tak puas. Hahaha


Lastly lepas skycab dengan skydome ni kitorang bereempat masuk Langkawi 3d Art Museum. Bayaran per person if tk silap rm 25 tapi sebab pia orang kedah jadi orang kaunter tu cakap kitorang semau dapat diskaun rm 20. Kira sorang asal kedah boleh diskaun kan sekali untuk empat orang. Jimat kan kihkih.

Okay habis tu kitorang pun balik motel. Mandi solat apa semua.

Malam tu jalan kat area pantai cenang and makan situ sekali. Memalam memang meriah la sebab ramai kan padahal kitorang pergi weekdays haha. Banyak foreigner la esp pak arab minah arab sebab memang musim arabss ni ke langkawi time tu.

...............................................................................................................................................

Next, day 2.

Kitorang pergi island hoping. Sewa bot tu rm 230 per boat and aku rasa murah sebab include sembilan orang kan. And lagi bagus sebab tu private boat. Amal punya cousin ke cemana entah yang akak handle boa tu. Memang boat tu dia punya la so a bit comfortable sebab kitorang tak campur dengan orang lain ehehe

Island hoping ni kalau nak book time sampai langkawi pun boleh sebab memang bersepah orang buat promotion kat sana.

So kitorang pergi pulau beras basah dengan tasik dayang bunting. Memang best sebab dapat mandi laut ehehe








Ni dekat tasik dayang bunting. Kira cam jeti dia la kena naik ke atas sikit baru jumpa tasik tu and ada kera sepanjang jalan ke atas. Seram hahahaha 


Pakai life jacket la weh nak mandi sebab air ni sangat la dalam. Walaupun engkorang pandai berenang tp pakai ah. Kat situ ada sewa life jacket rm 10. 

Rugi la dah datang tapi tak mandi kan. 

So fyi kan sini air dia air tawar. Padahal tasik ni kat tengah laut yang air masin. Kuasa Allah air tasik ni tawar and best sangat mandi. Rasa tenang je and air sangat lah jernih.




Semangat weh kitorang beli selendang warna warni ni atau lebih dikenali as pario nama saintifik haha. Rm 16 satu kitorang beli malam semalam tu kat cenang, semangat je nak bergambar haha. 

Lawa kan ? heheheh

So total masa kitorang island hoping dalam empat jam la gak dar jam 9am-12pm lebih camtu


Balik dari island hoping, kitorang pergi makan dulu and balik motel rest.

Petang dalam pukul 5 lebih baru keluar balik nak gi mandi pantai cenang. Kitorang naik banana boat rm 120 per boat tu pun lepas tawar menawar haha. Harga asal rm 135 tak silap sebab sembilan orang kan.

Best la sebab ni first experience aku. hahah sebab sebelum ni penakut ni pun naik sebab dorang semua naik. Bila dah naik ok je tkde apa pun hahaha. 

Best la sampai abang tu terjatuhkan kitorang tengah laut sebab tali tersangkut kat jetski. Dekat sepuluh minit la jugak tengah tu sebab jestki problem. Masa tu takutnya Allah je tahu, insaf gila. Yelah tengah laut kot pantai pun tak nampak. u la abang tu bajet bawak situ kan dah problem haha. Memula je la cuak lelama cool dah. Seronok ah serius rasa nak repeat lagi haha

Balik tu semua dah terkulai layu kepenatan..Malam dalam jam 9 kitorang keluar makan steamboat. Best la hahaha semua best ah takde apa yang tak best.


Rm 20 per person untuk steamboat ni. Memang puas habis sampai makan tak berhenti haha nasib la hujan time nak habis makan tu kalau tak, pakat tak balik ah kitorang dok makan je sampai kedai nak tutup haha. Lupa nama kedai apa sebab kedai ni baru lagi.

...........................................................................................................................................

Day 3, last day :(

Masa ni nak balik dah. Sebelum balik singgah dulu kat helang tu bergambar sebagai kenangan hehe. Sedih je sebab nak berpisah dah time ni.




Gambar sebagai penutup tirai percutian kami. Insyaallah ada rezeki kita plan vacay tempat lain pulak okay hehehe



Saturday, July 4, 2015

Suasana smka

Salam ramadhan al mubarak gaiss :)

Harini nak cerita pasal suasana smka. Seronok gila (walaupun masa sekolah dulu rasa macam ah nak blah je dari sekolah ni sebab bosan la blabla) tapi tu la tempat jatuh lagikan dikenang ini kan pula tempat bermain kan.

Dulu tak ada pun terfikir nak masuk smka masa form 1 tapi tu lah rupanya mak apply kan senyap senyap untuk anak dia ni. Masa dapat surat tawaran, i was like "ish sapa yang apply ni ?" "taknak la masuk smka" haha nak tak nak dah dapat kena la pergi. Arahan mak kan sobsob tapi aku percaya apa yang mak tentukan and pilih ada hikmah. 

Buktinya dari masa sekolah rendah liat nak sembahnyang masuk smka jadi kekok rasa awkward kalau tak sembahyang full. Bagus betul hasil tarbiah kat smka ni uhuks (insaf kejap)

Back to le story

Apa yang best tentang smka ni is that suasana islamik dia yang perhaps kau takkan dapat kat tempat lain (bagi aku la). 

Rutin harian

(masa sekolah)

4.30am : masa ni dah start bangun sebab asrama kitorang selalu takde air bila dah pukul 5 lebih so bangun awal mandi awal takyah berebut haha
6.00am :subuh berjemaah kat surau eh ke masjid org panggil ? tk sure. 
around 7am : kumpul kat dataran kejat untuk perhimpunan and dimulakan dengan bacaan asmaul husna and bacaan al quran (semua kena bawak tafsir sebab hari2 akan baca satu page ramai2 sambil berdiri)
7.30am-2.30pm : sesi pembelajaran
2.30 pm : solat zuhur sendiri kt surau and makan di dewan makan(rindu gila dm sebab makanan semua gila sedap sumpah wa cakap lu konfirm makan habis punya)
3.00 pm - 5.00pm : prep petang kat kelas masing2 (masa ni ramai akan buat homework la siapkan nota la atau tidur hekhek macam aku sebab ngantuk woi study pepetang)
5.00 pm : solat asar berjemaah and bacaan al mathurat (hari2 baca sampaikan boleh hafal dah satu al mathurat tu alhamdulilah)
6.30 pm : makan malam kt dm and siap utk ke surau
7.00 pm : untuk form 1 and form 2 akan ada akak cewah senior form 4 handle untuk ajar zikir. macam2 zikir baca. or berzanji ramai2. ataupun ada sesi tazkirah pendek atau ada sesi teguran haha tk suka part ni. siapa datang lambat lebih waktu kena tulis nama and nanti hujung minggu ada lah denda
9.00 pm : dah habis isyak terus gerak kelas utk prep malam
11.00 pm : habis prep boleh gerak dm untuk supper ataupun yang malas akan terus balik asrama siap untuk esoknya. time ni berebut nak iron baju sekolah esok, nak basuh baju yakni cop sinki kat toilet, yang mandi pun ada haha.
11.30 pm : bacaan al mulk dalam halaqah setiap dorm masing2. al mulk kena hafal start dari form 1. ada naqibah akan tasmik. makin naik tingkatan makin banyak surah kena hafal. contoh yassin, al waqiah and yg lain
12.00am : tidur. light off and pengawas kana jerit "tutup lampuuuuuu" hahahha yang dorm degil tu memang kena sound ah. suara satu asrama boleh dengor. kihkih lawok

(masa weekend)

hari sabtu, 

selalunya pagi lepas subuh berjemaah sarapan apa semua akan ada prep pagi kat kelas masing2. pakai baju prep and sebelum tu berkumpul kat asrama dulu beberapa minit bru gi kelas. habis prep around 12pm lepastu makan tenghari zuhur apa semua and aktiviti sendiri tk kisah la nak tidur ke basuh baju ke apa ke sukati kau melainkan ada program haha aku tak suka program weekend ganggu masa rehat

hari ahad,

pagi tu gotong royong. sebelum tu akan ada perhimpunan dulu cam biasa. akan ada sesi hafal hadis. sebelum ahad tu akan ada pihak badar macam ajk surau la tulis hadis kat papan putih bawah asrama tu and semua kena hafal. nama siapa naik masa perhimpunan kena baca sekali terjemahan (alhamdulilah ler tak pernah kena naik nama hahaha) lepas habis semua aktiviti sendiri dan berulang la rutin harian macam biasa.


ni dewan tempat kitorang exam. sempat amik pmr je kat sini lepastu spm kat sekolah lain hihi


ni bangunan form 3 rasanya kelas atas tu. tengah tu em bilik guru bawah tu pejabat bilik meeting bagai



ni lah dataran kejat (kalau tak silap aku tu nama dataran ni, tempat perhimpunan)


satu2 gambar kelas aku ada masa ni form 2 ke form 3 eh alah lupa tapi memang best. aku paling suka kelas ni selama aku belajar kt smka hihi banyak kenangan oi


masa ni form 2. join projek warga macam projek under bi lah melibatkan sekolah negeri perak. diberi satu isu contoh jalan raya ke kemalangan ke lepastu kena search info. mcam kitorang dulu siap pergi balai polis buat siasatan ewah haha :) tahu tak pembentangan ni kat mana? kat upsi. kat auditorium. jenuh ingat mana tempat ni rupanya kat audi haha. aku la tu pegang mic konon tak gentar bila bercakap padahal tuhan je tahu nerves nye haha. siapa sangka aku sekarang salah seorang pelajar upsi ? kihkih alhamdulilah rezeki. 

sampai sini je nak cerita. banyak lagi act pasal sambutan la sukan la tapi nanti entry panjang sangat pulak so kita simplify je lah hihi. 



Thursday, July 2, 2015

Rezeki milik Allah S.W.T

Hai assalamuaaikum.

Petang camni rasa bosan lah sementara nak tunggu time berbuka kejap lagi so apakata tulis something kan. So harini nak share something pasal rezeki.

Aku jenis cepat give up. Pantang tak dapat apa aku nak confirm terus down give up rasa takda semangat nak teruskan hidup. Tapi mak selalu cakap kadangtu Allah tak bagi apa kita mintak bersebab atau mungkin Allah nk kita sentiasa berdoa supaya apa yang kita nak diperkenankan.

Okay aku illustrate satu contoh.

Dulu masa form 4 kalau tak silap aku, aku join satu pertandingan netball wakil sekolah lawan antara sekolah lain kat area daerah aku. Aku taklah pandai mana main taklah sehebat pemain lain tapi aku usaha untuk jadi yang terbaik. Masa lawan tu, rezeki tak berpihak pada kami so we lost masa peringkat kumpulan if not mistaken.

Then dari pertandingan tu cikgu or jurulatih kat situ akan select few pemain untuk bertanding peringkat negeri (maksudnya wakil daerah lawan daerah lain, tu namanya peringkat negeri la kan).
That time aku tak de la heran pun semua tu sebab aku main pun simpanan je haritu ade la main berapa kali je pun tapi alhamdulilah rezeki yang tak disangka nama aku naik untuk jadi wakil daerah time tu.

So kitorang kena pergi satu sekolah ni (lupa dah nama sekolah ape aherher sebab dah lama ken) untuk latihan pusat. kat sini memang jumpa player yang agak hebat eh jauh lagi hebat dri aku. kat sini aku belajar dari bawah macamana jaga gerak kaki, macam mana sambut bola supaya pihak lawan tk dpt bola kita and banyak lagi. dari senarai yang ada kt situ, dua orang akan dibuang and only the best will be chosen.

masa kat sini aku dh cuak gila kot yelah ko bayangkan sana semua hebat la nak dibandingkan aku ni yang baru nak mula bertatih haha and bila our coach called out names yang terpilih, nama aku ada. ya Allah memang syukur sangat sebab tak sangka. yelah bertanding dengan dorang bukan senang. jadi kat sini nak cakap la kalau kita memang nak something kita doa banyak banyak insyaallah Allah permudahkan urusan kita.

next story. masa kat matrik

setiap tahun or senang cerita setiap intake baru akan ada kakom. maknanya sukan antara kolej matrikulasi cuma dia akan selang selikan setiap tahun sam ada dia akan buat antara matrik seluruh malaysia atau ikut bahagian utara ke selatan ke camtu la. time aku dibahagikan ikut bahagian so im glad sebab empat kolej je terlibat jadi kurang persaingan ihiks

masa selection untuk setiap permainan, aku turun nak cuba nasib. first pergi selection netball. i passed the first selection but i failed the second one. sumpah ah cakap bebudak matrik aku yakni negeri sembilan memang hebat gak aa main netball so memang time tu frust gila

balik bilik menangis terus weh haha rasa nak gelak benda mcamtu pun beria kan. siap call mak cakap frust bagai and mak cakap "kaklong doa la mana tau ada rezeki kat permainan lain kan"

memang aku doa betul betul sebab aku nak cari markah koko. kalau masuk kakom automatik markah koko kau full. siapa taknak ? kan.

ditakdirkan ada satu hari ni time kelas koko aku (kelas aku koko futsal time nih) kitorang main sepak bola and tahan bola. dalam kelas memang semua perempuan sorang je laki aherher lawak lepastu dapat futsal memang terabur habis kami main. cikgu suka panggil aku kalau nak buat demo sepak or tahan bola. taktahu mungin sebab aku lincah tahan bola dari setiap side, kebetulan ada sorag laki cikgu tengok kitorang main time tu (kiranya dua cikgu la cikgu koko aku and cikgu laki lagi sorang) cikgu sorang lagi ni coach hoki.

lepas dah habis tiem rest, cikgu hoki tu panggil dia tanya "awak nak main hoki? jadi simpanan untuk goalkeeper sebab sy tengok awk pandai tahan bola tadi"

aku macam terkejut weh and cakap "heh cikgu saya mana reti main hoki pegang kayu hoki pun tak pernah. takutlah"

"takpe nanti cikgu ajar. ni nanti petang karang turun training. ok"

aku pun turutkan jela. belajar lah basic hoki bagai tahan bola semua. taklah pro pun tapi alhamdulilah ok not bad. rezeki kami menang time lawan dapat naib johan beza satu mata. ahamdulilah.
kan aku dah cakap rezeki tu milik Allah kalau kita nak kita usaha kita doa kita tawakal insyaallah apa yg kita nak tu dipermudahkan hehe tu je nak cerita byee



ni teammates aku. team lelaki kalah time ni tema perempuan je menang hihi