Sunday, April 28, 2013

Hari Anugerah

Assalamualaikum uollss..

Heyya harini nak cerita pasal hari anugerah jumaat haritu hihi. Lambat sikit tulis sebab i was quite busy nowadays cewah haha busy amende entah. K back to le topic, serius dah lama gila tak naik pentas ambil hadiah, last pun time upsr sebab dapat 5A kekeke, upsr je pun kan. Time pmr tak dapat naik sebab kalau tak silap yang naik tu straight A's je and aku bukanlah salah seorang yang tergolong *sedih

So kali ni dapat jugak naik pentas, alhamdulilah syukur sangat walaupun tak lah straight A's but only 5A's je. Alhamdulilah jugak syukur sangat hehe. So pagi jumaat tu hari anugerah start jam 8 pagi, so aku dengan malasnya terpaksalah bersiap awal sebab kalau tidak lambat ah sampai sekolah kan.

So around 7.50am macam tu gerak pergi rumah aimi, sebab dah janji dengan dia nak pergi sekali takmau ah pergi sorang segan gila i haha. So sampai je sekolah daftar nama apa semua untuk sahkan kehadiran, terus jumpa cikgu sebab time ambil result haritu tak sempat jumpa cikgu. So jumpalah mereka semua and cakap thanks sudi ajar kiteorang yang agak nakal ni hihi. sempat lah bergambar sikit je sebab hari tu cikgu pun kelam kabut dengan preparations apa semua.

Alhamdulilah aku dapat dua anugerah, firstly sebab dapat 5A and second sebab dapat anugerah matapelajaran terbaik Tasawwur Islam, bangga duh. Haha tak sia sia aku ambil subjek tu walaupun at first macam ragu ragu jugak yela takut tak score kan. Tasawwur ni tak susah sebenarnya if kita baca sebab lebih kurang pendidikan islam jugak cuma bezanya subjek ni kena belajar sendiri,yelah nama pun subjek tambahan kan. Hehe alhamdulilah dapat A+ :)

Seronok jumpa kawan kawan semua sebab nanti dah tak jumpa dah, masing masing dah belajar tempat lain kan. I'm totally gonna miss those memories kat sekolah even just sekolah kat situ setahun lebih je, tapi best sangat dengan kawan kawan yang banyak membantu, yang pandai ajarkan yang kurang pandai. Helping each other lah kiranya kan, thanks friends. So kat sini ada lah sikit gambar aku letak haha tak banyak pun sebab cilok gambar diaorang :)






Itu je nak cerita kali ni hehe, have fun semua XD

Tuesday, April 23, 2013

Habis dah espiemmmm

Assalamualaikum.. 

Okay bagi memenuhkan belog ni jadi terpaksa lah aku kerah idea supaya orang pun tak bosan baca. Eh ada ke orang baca belog ni eh haha, nvm lah aku tak kisah janji aku dapat tulis apa aku nak kat sini kan. 

Haa apa eh nak cerita kat sini, rasa macam na cerita semua benda yang jadi kat dalam hidup ni tapi apakan daya tangan pun ada dua tak mampu nak tulis bebanyak dalam satu masa jadi slow slow ajelah nampaknya.

K bulan 12 tahun lepas tahun 2012 habis je paper spm i was like "omg habis skola dah aku? cepatnyaa tak sangka betul dah besar dah aku ni kan' haha habis je paper rest kat rumah and i was like uhh bosannyaaa taktahu nak buat apa kot kat rumah.
Rindu nak study group sesama
Rindu nak gosip sesama
Rindu nak rush pergi kantin takut makanan habis
Rindu nak ajar kawad
Rindu nak buat homework kat perhimpunan 
Rindu macam macam la

But, then apa boleh buat kan, semua tu dah berakhir and i am totally freedom for all those things. So nak hilangkan sedih + boring  tak buat apa kat rumah, i decided to find a job for me. Sekurangnya dapat merasa pegang duit sendiri kan. Then try cari kat area rumah,  cari punya cari dapat time lah interview and terus dapat kerja kat snogurt, ala ala tutti frutti jugak. Kerja situ empat bulan je then terus berhenti haha. Bosan kot kena kerja bawah orang. Haiyaaa

 

Sedap kan atas ni ? Haa itu lah snogurt atau kata lainnya frozen yogurt, sedap oh

After that, dah berhenti kerja duduk rumah jadi penganggur terhormat duh haha. Bosan gilaa kot then ada kawan mak suggest kerja kat kedai dia kedai terapi al jabar kejap ganti staff sorang tu balik sarawak. Mulanya macam malas gak ah kan nak kerja balik tapi fikir bosan duduk rumah plus nanti dapat jugak duit so lebih baik kerja. Ala kerja 10 hari je, so not bad ah hihi. Habis kerja tu, jadi balik penganggur sampai sekarang haha. 

So sekarang i'm just waiting for maktab and upu jelah, harap adalah rezeki ku di situu huhu T__T
Harap semuanya dipermudahkan Allah untuk aku, amin :)





Sunday, April 21, 2013

Its over

Assalamualaikum..

Well, act aku taktahu nak tulis apa because aku dah lama tak berblog bagai ni. So this is totally a new look for my blog. Walaupun tak secomel tak secantik belog orang lain tapi ada aku kisah, haha janji aku dapat coretkan apa yang terbuku dalam hati dan sanubariku ini kekekekeke. *ayat bm tak tahan. 

Cepat je masa berlalu kan, sekarang dah lepas dah zaman sekolah yang busy dengan homework, kawad, netball etc etc haha malas nak tulis panjang. Seriously I'm gonna miss those sweet memories plus the sad memories too hahah. And bila kita cakap dah habis skola for sure orang akan teringat nak tanya something kan ? Haa ? Tak tahu ? Haa spm lah wey adus lembab haha. Aku bersyukur dengan result spm aku walaupun tak sebagus orang lain but i'm totally proud of myself, at least nanti aku naik pentas hihi *muka eksaited*

Walaupun dah habis skola tapi like seriously i miss my friends so much. Seronok bila ada geng yang sanggup menggila bersama, suka duka bersama walaupun aku kenal mereka dalam tempoh yang tak berapa lama. Like seriously i miss them T___T Time habis je last paper spm kiteorang semua jadi gila tetiba sebab hilang semua stress pikir nak jawab soalan hihi.

Sampai je bawah semua muka eksaited gila weh haha :)


Haa disebabkan dah pukul dua setengah pagi dan aku masih lagi berjaga walhal mata dah nak tutup jadi aku rasa sampai sini jelah aku coretkan eh. Next time aku tulis lagi yaww ~