Friday, December 8, 2017

Entah kenapa

Harini aku seronok. Elaun masuk alhamdulilah, aku belanja mak dengan adik makan. Setiap kali elaun masuk aku akan belanja sejak aku junior. Mungkin sebab tu Allah sentiasa mudahkan urusan aku, aku tak pernah rasa tak cukup duit.

Aku masuk palapes sebenarnya bukan sebab aku minat tapi sebab kelebihan yang diorang provide. Aku dapat kolej 3 tahun, makan hujung minggu lengkap dari pagi sampai malam. Jimat. Cuma nak senang macam tu, berkorban sikit masa dan tenaga.

Sejak aku junior, acapkali aku nak keluar baris sampai lah aku dah nak dekat tauliah sekalipun. Masa junior aku tak boleh adapt dengan benda dua alam. Jadi pelajar dan askar dalam satu masa. Aku nangis sekali la dengan roomate aku time tu tapi aku cakap kat diri aku yang aku kena kuat untuk tiga tahun. Mak tak boleh nak tanggung aku selalu sebab adik adik pun masih belajar. Jadi aku kena cari duit sendiri. Sebab elaun juga aku kuatkan diri. Jarang aku minta pada mak, sebab aku ada elaun. Kalau cuti semester, aku akan cari kerja sebab aku nak simpan even sikit. Jadi bila start sem baru, nak beli barang keperluan, aku guna duit sendiri. Tak minta mak bayar.

Naik intermediate, aku diuji lagi. Lepas kejadian kem tahunan, aku jadi dikenali dalam satu markas. Pegawai kenal aku. Sebab aku cong CI masa aku jadi ketua platun. Sejak tu, hidup aku tak aman dalam palapes. Nama aku naik jadi sarjan platun bila skuad aku keluar baris. Jadi sarjan secara tiba-tiba yang mana aku tahu lepas aku balik dari kem PL. Aku nangis. Aku tak mampu jadi ketua untuk platun aku. Tapi dalam palapes, kau mana boleh tolak. Aku terima. Orang maki aku, kata aku macam macam, gila kuasa dan sebagainya padahal aku tak nak pun. Aku pekakkan telinga. Sampai lah habis inter aku jadi sarjan. 

Tapi satu hikmah aku nak cerita bila nama aku naik jadi ketua platun masa annual camp adalah,sejak time tu, aku tahu buat orders, aku tahu orientasi peta, aku tahu siapkan model, aku tahu taktik dan serangan. Secara tiba tiba aku yang masa junior bodoh pasal palapes naik inter aku tahu semua. Ya itu hikmah yang Allah beri pada aku. 

Naik senior, aku diuji lagi. Nama aku naik jadi JUO ALPHA. Aku taknak, aku tak sanggup. Kau tahu sebab apa ? Sebab bila kau jadi rank, jadi orang atasan ni, kau kena tunjuk contoh kau yang baik. Sebab kau kena pegang pada ayat "kau nak tegur orang, kau kena pastikan diri kau betul", but trust me benda ni susah. Time masuk board, aku nak bantah nak bangkang jawatan aku, tapi start dari interveiw SUO, semua accept dan takkan aku nak jadi satu satunya manusia yang bangkang ?

Jadi aku terima dengan berat hati. Tapi aku berjanji aku cuba jadi yang terbaik.

Naik jadi JUO, bukan benda mudah. Aku ada dua tanggungjawab. Jaga kompeni dan jaga intermediate. First week aku jadi juo, setiap malam aku meeting. tujuh hari seminggu, tujuh malam aku meeting. Meeting ni juo dan ke atas sahaja. Saban hari kami fikir apa pentadbiran yang kami nak corakkan. Macam mana kalau budak turun lambat, punishment apa nak bagi. Macam mana nak bagi budak respect kami. Then, minggu seterusnya, kami kena ke markas. Pihak markas nak pentadbiran cara baru. Cara kompeni. Sebab sebelum ni ic keseluruhan senior akan bergilir setiap orang. Tiba giliran kami, IC keseluruhan adalah SUO. Juo kena sentiasa ambil tahu siapa budak kompeni yang sakit, balik kampung, selalu tak ada dalam baris, sebab apa di mana mereka berada. Setiap kali baris pagi rabu, rokol jumaat, baris latihan sabtu ahad, juo kena ambil tahu. Kau ingat senang ? Kau ingat ada masa untuk tahu semua tu ? Tak ada beb. But you have to, by hook or by crook.

Aku nangis beb. Aku takleh adapt. Banyak kerja, Aku serabut.

Tapi aku tak boleh give up. Aku cuba. Ada satu masa latihan tempatan tu, aku dimalukan. Tapi memang salah aku pun masa tu tapi tak perlulah semua nak kena gelakkan aku dan jadikan aku bahan lawak. Lepas dorang panggil dan gelakkan aku, masa tu aku dah bergenang air mata, aku tahan, habis dari tu, aku minta kebenaran untuk blah la time tu. Aku nangis kat tepi tangga. Masa tu aku sorang, then khai dengan masyi datang comfort aku. Aku malu jadi bahan lawak dorang, macam aku tak ada maruah. Masa ni aku serius sangat nak keluar. Tapi masyi khai support aku. Dorang cakap aku kena kuat. Jadi aku tahan sampai habis.

Kenapa ingat senang ke jadi juo ? Kau tak boleh nak cong beb. Setiap kali baris kau kena ada. Jangan cakap lah berapa kali dah kena punishment depan budak budak lain even masa tu dorang pandang belakang tapi aku dengan juo lain rasa macam maruah kena pijak. Aku masa baris pagi rabu ada sekali tu, aku sakit hati sangat. Budak turun lambat, juo kena panggil.

"apahal budak korang turun lambat? jadi juo tak boleh tentukan ke?!"

aku sangat sakit hati. tapi aku tak pandai marah. sebab bila aku marah, aku akan menangis.

sampai aku cakap dan balas "aku dah bagitahu budak aku, dah selalu warning, tapi kalau dorang sendiri taknak ubah aku nak buat apa? kau nak aku ketuk pintu budak2 ni macam orang bodoh ke?"  

masa ni aku menjawab, tapi dengan nada almost menangis

Kalau nak cerita memang banyak benda sedih. Tapi saat aku bergelar leftenan muda tu, aku dapat rasakan peritnya perjalanan aku untuk dapatkan satu paku. Aku nangis dalam baris. Dalam hati
aku ni aku cakap " tahniah cha, usaha kau berbaloi. kau tauliah dengan ilmu di dada, bukan sekadar cakap kosong, tapi kau berilmu."

tapi penguat aku untuk stay adalah elaun dan kolej. alhamdulilah sampai sekarang elaun ni bantu aku. aku dapat bagi duit belanja kata adik adik untuk kegunaan diorang kat kolej. aku taknak dorang bagitahu mak yang dorang tak cukup duit. aku dah warning, apa apa tak cukup bagitahu aku. sebab mak sendiri banyak benda nak bayar. aku taknak susahkan mak. selagi aku mampu, aku cuba mana aku boleh untuk ringankan beban mak.

aku sanggup ketepikan kebahagiaan aku, supaya orang yang dekat dengan aku bahagia dengan aku. aku selalu tanya diri sendiri, kenapa setelah apa aku buat, orang cakap aku menyusahkan mereka ? aku sedih sangat. aku tak tahu kenapa. aku nak gembirakan orang lain, tapi kenapa orang tak boleh gembirakan aku. apa salah aku. aku sedih sangat. aku nangis. aku tak tahu kenapa dengan aku.
aku nak lari dari semua ni. tapi masalah takkan selesai kalau lari. tak apa lah. as long as everyone are happy, im happy too even im broken inside. 

aku harap Allah kuatkan aku. aku tulis entry ni sebab aku sedih. 

aku tak kuat. aku hati rapuh. aku kena tengking sikit, aku nangis, even mak naik suara sikit, aku dah bergenang. kenapa ye aku tk boleh jad kuat. aku sedih lah. aku taktahu pun kenapa aku tulis post ni. aku sedih. sebab tu aku taip. supaya aku lega sendiri. tapi. entah. 

. (post ni dah lama tulis tapi baru post huahua sori)

Wednesday, November 29, 2017

Aku dah tauliah weh

Assalam, punya lah lama dah tauliah bulan 8 haritu, sekarang baru nak update kan.

Aku nak cerita apa yang jadi masa pentauliahan dua minggu haritu kat uitm shah alam.

Tapi jap, sebelum pergi tauliah, aku dah di inform yang aku best cadet atau nama bm dia kadet terbaik batch aku. Walaupun aku diberitahu tu rasanya dalam hujung sem 6, around bulan 6 kut. Lepas sut bagitahu, aku kena pergi jumpa dia kat markas utk bagi details nak isi dalam buku official pentauliahan nanti. Banyak kali aku tanya sut, betul ka sy best cadet ? Sebab aku masuk palapes ni suka2 je bukan minat sangat askar. Then bila kata best cadet lagi beribu kali aku tak percaya. Sebab dalam sejarah palapes upsi dah 11 batch termasuk aku, baru seorang je best cadet perempuan batch 9. Tapi dia memang layak ah. Akuni ? Tak layak langsung.

Tapi kau tahu, lepas aku tahu pasal aku best cadet, aku dah rasa tak sedap hati pun sebenarnya. Aku dapat rasa aku takkan jadi best cadet even nama aku pencapaian aku dh tulis dalam buku tu. So time sampai uitm, ada benda malu gila.

First malam tu kitorang kumpul kat dewan utk rehearsel watikah. Masa tu pegawai atas pentas tanya, siapa best cadet tolong angkat tangan. Batch aku semua blur sebab takde siapa pun tahu aku orangnya. Sebab memang kena secret sampai d day.. tapi sebab malam tu dorang tanya, aku macam ragu ragu nak angkat ke taknak angkat tangan, last aku angkat je la. Ramai terkejut, tapi ada juga yang tak puas hati, ada juga yang cakap tahniah dan kata aku layak.

Lupa nak cakap, masa ni dah mula dah start kawad siang tu. Aku tak terfikir pun dapat duduk depan pegang pedang sebab kau orang tahu tak aku ni parkinson sikit. Tangan aku memang shaking. Aku lebih rela pegang senjata berat dari lenguh tangan dengan pedang. Tapi dah dorang stap semua dah bagi kepercayaan, aku jd wakil wanita lah kat depan utk palapes upsi pegang pedang (walaupun aku tahu dan sedar aku tak layak)

Back to cerita best cadet, keesokan lepas malam aku angkat tangan tu, esoknya lepas kawad, kitorang balik kolej sebab petang tu tak ada latihan. So balik kiwi kasut sampai mampus, masa ni paling sedih aku nak cerita ni.

Time tengah kiwi kasut, eksaited dengan masyi and khai. Tengah syok sembang, tetiba amir panggil cakap ada benda nak beritahu. Aku dah mula tak sedap hati dan sebenarnya aku dah boleh agak berita yang amir nak sampaikan.

Aku pergi kat dia. Time tu kitorang kat bahagian depan berdiri manakala skot yang lain tengah duduk kiwi kasut. Amir cakap "cha, aku ada benda nak cakap. tapi aku harap kau kuat ok." "hah nak cakap apa, cakap je aku ok je aku dengar" padahal dalam hati, jantung nak terkeluar. "best cadet dah tukar cha, kau dah bukan best cadet. dari CI dan cik saadin, yang suruh aku sampaikan pada kau" "oh yeke takpelah kalau macamtu, jadi siapa best cadet ni ? farid eh ?" "tak, bukan farid. aku best cadet"

and aku speechless................. mata dah bergenang......

lantas aku cakap "oh. tahniah bro. kau layak. banyak kau sumbangkan tenaga untuk batch kita. tahniah" then amir tak sempat cakap apa apa. aku terus chow. sedih beb. bukan sedih sebab tak jad best cadet, aku sedih sebab orang dah tahu aku orangnya. tetiba last minit tukar. jurulatih, skot semua mesti akan pandang aku lain macam. masa ni aku malu. malu sebab last minit.

aku sambung kiwi kasut dengan menangis sampai merah muka. khai dengan masyi tanya , terus aku jawab aku bukan best cadet. masa ni aku down. aku taknak tauliah. aku malu segan semua ada. kau bayangkan. nama kat buku. tapi kau tak naik tak amik pedang. malu beb. orang cakap macam2.

esoknya masa rehearsal kat padang kawad, cik rsm panggil best kadet semua unversiti ke depan. masa tu aku dah tahan nangis berdiri tengah panas. semua skot aku cakap dan expect aku pergi. tetiba amir yang ke depan dan semua orang pelik.

rupanya, masa aku join latihan berterusan haritu, kapten azmin bagitahu, pihak bpl markas latihan taknak aku jadi best cadet. kira dorg tak approve aku. tapi aku memang dah agak pun sejak aku tahu aku best cadet tu. aku kawad memang macam harom. tak perfect. duduk pulak kat depan, lagi satu satu salah aku dorang nampak. jadi tak apa lah aku husnuzon ada sebab aku tak dapat. apapun dalam buku pentauliahan, ada nama aku dan biodata aku sebagai best cadet palapes upsi. sekurangnya aku melakar sejarah aku sendiri tercalon tanpa aku sangka.

aku lupa nak cakap, lepas aku tahu aku bukan best cadet, aku inform mak, aku cakap mak kaklong tak jad kadet terbaik. nanti mak abah tak dapat makan dengan yang dipertuan agong. beb kau jangan cakap la, mak aku frust teruk. boleh bayangkan ? mak aku siap bagitahu kawan dia dengan bangga pasal aku sekali, tak jadi. mak macam marah aku. sumpah aku nak lari aku taknak tauliah. tapi aku belum bodoh lagi nak lari. kemon dah penghabisan, takkan nak lari dari masalah. jadinya, tauliah lah aku sebagai leftenan muda. sekurangnya ada juga gambar dengan pedang buat kenang kenangan ihiks





Thursday, June 9, 2016

Ramadhonnn

Salam and hi peeps

Sis update blog ni di kala sis di rumah yakni di ipoh la mana lagi huahua ok sebab otak sis tepu study cewah study soploh minit je lepastu berejam melencong bukak twitter la, facebook la, stegram la, eh semua laman sosial aku bukak hahah

Biasalah kalau study tu kejap je ngantuk dah. Cuba kalau tengok movie ke layan novel ke hah ko berejam rejam tk reti tidoo hahah

So esok jumaat dah nak balik upsi. I is sad satu sebab tak dapat berbuka dengan family. And ofkos la lauk berbuka kena cari sendiri di awal jam 5 petang bagi mengelakkan kehabisan lauk di kafe hahaha

Tak ke bazar kot nanti kat upsi sebab jauh nye nak oii tak larat sis nak ke sane, mana yang dekat je lah ye he he he...

Sis taip entry ni pun sambil prut bunyi2  dah haih sabar la perut dah jam 4 petang dah nii kang aku isi la kau masa berbuka ok. Asyik lapar je all the time pun taktahu la apahal pun payah juge gitu

Minggu depan start exam dah isnin tu lepastu strett sampai jumaat ha amikko empat paper next week, lepastu apa sis buat skrg ni ? menaipppppp entryyy =,='

sabau je la nakk

oklah sis geraklu. sambung study ewah konon last kang mengerohhh kroh kroh hahhaha tidoo byeee


kemon aa gambar acah acah stadii satu kalii hahahhaha 

Monday, May 23, 2016

Dinner: Persatuan Mahasiswa Sains

Assalam and hai.

So semalam we had a dinner under PMS, and everything went well even at first i'm the one who refusing to go to the dinner because of some several reasons. So basically we paid for only RM10 and we had a lot of food such as fried rice, ayam masak merah, muffins and cupcakes, ice cream and more.

And after eating, we snap few photos. Few ? Em, i think lots and lots of photos hahaha but only some of them are beautifully taken yeah because some of it looks miserable because i don't pose well hahah

Here are the photos...






Saturday, May 21, 2016

Tanggungjawab

bila aku rasa aku dah tak mampu,
aku rasa aku tak kuat,
aku rasa aku tak larat,
aku mula rasa nak give up.

walaupun.....

aku sudah cuba sehabis baik
bila aku dapat jawatan ni, aku cuba..
walaupun ini bukan pilihan aku
walau ramai yang memerli
mengata aku gila pangkat
sedangkan jawatan ini bukan aku yang pinta
jauh sekali inginkannya

tolonglah

keluarkan aku dari belenggu ini
apa perlu aku buat ?
kuat kah aku menghadapi setahun lagi ?

aku tak mampu

aku perlukan kekuatan
support dan motivasi
tapi seperti aku sahaja yang terkapai dalam mencari diri aku yang sebenar

aku sesat

dalam mencari siapa diri aku
dan layakkan aku memegang tanggungjawab ini ?

Hanya Allah yang tahu.

Tuesday, May 10, 2016

Fieldtrip Plant Physiology : Teluk Senangin

Assalam and hai,

Today is already wednesday so it means it had been three days after we biologist left from Teluk Senangin, Lumut (pardon me if my grammer is wrong lol).

So the fieldtrip is a bit fun, we slept in a tent, of four people per tent (me, nadh, aisy and yan). After all, it had been a long time since I've slept in a tent hahaha because I usually sleep on the ground for my rotu annual camp but ok nvm i won't story about rotu here hehe

Well basically, we are doing some experiments on the beach by using our own manual prepared by ourselves. Before going to the trip, we had a presentation for each of the title given in a group of two person. I'm partnered with aisy and we presented about the sediment analysis but yet we don't have the chance to do it because our group had to do the other experiments.

The presentation is only for the manual. The actual experiment at the beach is in a group of four person which consists of me, aisy, nadh and rondy (yes he is the only boy haha)

And so far so good we had enjoyed ourselves doing the experiments. Oh ! Forgot to mention, the experiments that we did are ant sampling, tree sampling, light intensity, wind speed and temperature.

Of course when you're at a beach, you have to grab the opportunity to swim in the blue ocean sea hahaha. Em not so blue I think but yeah it's fun. We swim for an hours with the other biologist hahhaha we look ike kiddos because we can resists ourselves from the sea. It's totally refreshing.

The trip is only for three days, one night. It's quite like a short escape with coursemates in the middle of the hectic weeks with loads of assignments to submit hahahha.

So here are some of the pictures that we manage to capture. Credit to our photographer, rondy for keep on capturing the pictures tho we the girls had so many things to deal with when the pictures not looking good haha so anyhow here it is...






Friday, April 22, 2016

I'm happy

Selesai debate english entitled "vaping is better than smoking" hari ini.

We as opponent team walaupun tak dapat prepare sepenuhnya tapi aku seronok sebab semua bagi kerjasama padu heheh

Lagi satu terima kasih sebab kau bercakap dengan aku tadi, tegur aku. Its a pleasure to hear your voice again, to see you smile dear friend. Walaupun aku tahu itu untuk debate aje tapi cukup dapat menggembirakan aku walaupun sekejap.

Yan sendiri pun tersenyum bila nampak aku dan kau ber conversation. Haha best sangat sampai sekarang aku masih mampu tersenyum.

I'll keep on praying for our friendship. In Shaa Allah.