Friday, December 8, 2017

Entah kenapa

Harini aku seronok. Elaun masuk alhamdulilah, aku belanja mak dengan adik makan. Setiap kali elaun masuk aku akan belanja sejak aku junior. Mungkin sebab tu Allah sentiasa mudahkan urusan aku, aku tak pernah rasa tak cukup duit.

Aku masuk palapes sebenarnya bukan sebab aku minat tapi sebab kelebihan yang diorang provide. Aku dapat kolej 3 tahun, makan hujung minggu lengkap dari pagi sampai malam. Jimat. Cuma nak senang macam tu, berkorban sikit masa dan tenaga.

Sejak aku junior, acapkali aku nak keluar baris sampai lah aku dah nak dekat tauliah sekalipun. Masa junior aku tak boleh adapt dengan benda dua alam. Jadi pelajar dan askar dalam satu masa. Aku nangis sekali la dengan roomate aku time tu tapi aku cakap kat diri aku yang aku kena kuat untuk tiga tahun. Mak tak boleh nak tanggung aku selalu sebab adik adik pun masih belajar. Jadi aku kena cari duit sendiri. Sebab elaun juga aku kuatkan diri. Jarang aku minta pada mak, sebab aku ada elaun. Kalau cuti semester, aku akan cari kerja sebab aku nak simpan even sikit. Jadi bila start sem baru, nak beli barang keperluan, aku guna duit sendiri. Tak minta mak bayar.

Naik intermediate, aku diuji lagi. Lepas kejadian kem tahunan, aku jadi dikenali dalam satu markas. Pegawai kenal aku. Sebab aku cong CI masa aku jadi ketua platun. Sejak tu, hidup aku tak aman dalam palapes. Nama aku naik jadi sarjan platun bila skuad aku keluar baris. Jadi sarjan secara tiba-tiba yang mana aku tahu lepas aku balik dari kem PL. Aku nangis. Aku tak mampu jadi ketua untuk platun aku. Tapi dalam palapes, kau mana boleh tolak. Aku terima. Orang maki aku, kata aku macam macam, gila kuasa dan sebagainya padahal aku tak nak pun. Aku pekakkan telinga. Sampai lah habis inter aku jadi sarjan. 

Tapi satu hikmah aku nak cerita bila nama aku naik jadi ketua platun masa annual camp adalah,sejak time tu, aku tahu buat orders, aku tahu orientasi peta, aku tahu siapkan model, aku tahu taktik dan serangan. Secara tiba tiba aku yang masa junior bodoh pasal palapes naik inter aku tahu semua. Ya itu hikmah yang Allah beri pada aku. 

Naik senior, aku diuji lagi. Nama aku naik jadi JUO ALPHA. Aku taknak, aku tak sanggup. Kau tahu sebab apa ? Sebab bila kau jadi rank, jadi orang atasan ni, kau kena tunjuk contoh kau yang baik. Sebab kau kena pegang pada ayat "kau nak tegur orang, kau kena pastikan diri kau betul", but trust me benda ni susah. Time masuk board, aku nak bantah nak bangkang jawatan aku, tapi start dari interveiw SUO, semua accept dan takkan aku nak jadi satu satunya manusia yang bangkang ?

Jadi aku terima dengan berat hati. Tapi aku berjanji aku cuba jadi yang terbaik.

Naik jadi JUO, bukan benda mudah. Aku ada dua tanggungjawab. Jaga kompeni dan jaga intermediate. First week aku jadi juo, setiap malam aku meeting. tujuh hari seminggu, tujuh malam aku meeting. Meeting ni juo dan ke atas sahaja. Saban hari kami fikir apa pentadbiran yang kami nak corakkan. Macam mana kalau budak turun lambat, punishment apa nak bagi. Macam mana nak bagi budak respect kami. Then, minggu seterusnya, kami kena ke markas. Pihak markas nak pentadbiran cara baru. Cara kompeni. Sebab sebelum ni ic keseluruhan senior akan bergilir setiap orang. Tiba giliran kami, IC keseluruhan adalah SUO. Juo kena sentiasa ambil tahu siapa budak kompeni yang sakit, balik kampung, selalu tak ada dalam baris, sebab apa di mana mereka berada. Setiap kali baris pagi rabu, rokol jumaat, baris latihan sabtu ahad, juo kena ambil tahu. Kau ingat senang ? Kau ingat ada masa untuk tahu semua tu ? Tak ada beb. But you have to, by hook or by crook.

Aku nangis beb. Aku takleh adapt. Banyak kerja, Aku serabut.

Tapi aku tak boleh give up. Aku cuba. Ada satu masa latihan tempatan tu, aku dimalukan. Tapi memang salah aku pun masa tu tapi tak perlulah semua nak kena gelakkan aku dan jadikan aku bahan lawak. Lepas dorang panggil dan gelakkan aku, masa tu aku dah bergenang air mata, aku tahan, habis dari tu, aku minta kebenaran untuk blah la time tu. Aku nangis kat tepi tangga. Masa tu aku sorang, then khai dengan masyi datang comfort aku. Aku malu jadi bahan lawak dorang, macam aku tak ada maruah. Masa ni aku serius sangat nak keluar. Tapi masyi khai support aku. Dorang cakap aku kena kuat. Jadi aku tahan sampai habis.

Kenapa ingat senang ke jadi juo ? Kau tak boleh nak cong beb. Setiap kali baris kau kena ada. Jangan cakap lah berapa kali dah kena punishment depan budak budak lain even masa tu dorang pandang belakang tapi aku dengan juo lain rasa macam maruah kena pijak. Aku masa baris pagi rabu ada sekali tu, aku sakit hati sangat. Budak turun lambat, juo kena panggil.

"apahal budak korang turun lambat? jadi juo tak boleh tentukan ke?!"

aku sangat sakit hati. tapi aku tak pandai marah. sebab bila aku marah, aku akan menangis.

sampai aku cakap dan balas "aku dah bagitahu budak aku, dah selalu warning, tapi kalau dorang sendiri taknak ubah aku nak buat apa? kau nak aku ketuk pintu budak2 ni macam orang bodoh ke?"  

masa ni aku menjawab, tapi dengan nada almost menangis

Kalau nak cerita memang banyak benda sedih. Tapi saat aku bergelar leftenan muda tu, aku dapat rasakan peritnya perjalanan aku untuk dapatkan satu paku. Aku nangis dalam baris. Dalam hati
aku ni aku cakap " tahniah cha, usaha kau berbaloi. kau tauliah dengan ilmu di dada, bukan sekadar cakap kosong, tapi kau berilmu."

tapi penguat aku untuk stay adalah elaun dan kolej. alhamdulilah sampai sekarang elaun ni bantu aku. aku dapat bagi duit belanja kata adik adik untuk kegunaan diorang kat kolej. aku taknak dorang bagitahu mak yang dorang tak cukup duit. aku dah warning, apa apa tak cukup bagitahu aku. sebab mak sendiri banyak benda nak bayar. aku taknak susahkan mak. selagi aku mampu, aku cuba mana aku boleh untuk ringankan beban mak.

aku sanggup ketepikan kebahagiaan aku, supaya orang yang dekat dengan aku bahagia dengan aku. aku selalu tanya diri sendiri, kenapa setelah apa aku buat, orang cakap aku menyusahkan mereka ? aku sedih sangat. aku tak tahu kenapa. aku nak gembirakan orang lain, tapi kenapa orang tak boleh gembirakan aku. apa salah aku. aku sedih sangat. aku nangis. aku tak tahu kenapa dengan aku.
aku nak lari dari semua ni. tapi masalah takkan selesai kalau lari. tak apa lah. as long as everyone are happy, im happy too even im broken inside. 

aku harap Allah kuatkan aku. aku tulis entry ni sebab aku sedih. 

aku tak kuat. aku hati rapuh. aku kena tengking sikit, aku nangis, even mak naik suara sikit, aku dah bergenang. kenapa ye aku tk boleh jad kuat. aku sedih lah. aku taktahu pun kenapa aku tulis post ni. aku sedih. sebab tu aku taip. supaya aku lega sendiri. tapi. entah. 

. (post ni dah lama tulis tapi baru post huahua sori)