Saturday, July 6, 2013

I'm one of the matric students ~

Assalamualaikum..

Heyya lama tak jejak sini, berhabuk dah pun haa. Haha busy gila oh, ni pun baru lah dapat jejak rumah lepas lebih kurang sebulan kat matrik. Hm kat sana asyik nangis je dah tak boleh kira dah kot berapa kali nangis. Mula mula dulu nangis sebab homesick, pehtu dah lama tak ah homesick sangat kan. Bila class dah start semua pakat muka eksaited first time belajar dalam dewan kuliah bukan macam sekolah belajar kat kelas. Lama lama rasa biasa je sebenarnya haha.

Tapi tu lah stress hoi nak kejar pembelajaran yang super power speed gila tu. Adoi dah lah otak pun biasa je, nak kejar semua dalam satu masa ? Memang tak ah kan huhu :'( Kadang kadang nak je stay up malam2 buat homework tapi tak boleh sebabnya tak reti nak buat langsung. LANGSUNG okaayyyy ! Rasa macam "apahal bengong sangat aku ni, soalan satu pun tak reti nak buat" then apalagi tutup buku tidur ah. Rasa tenang sikit muehehe (._.)



Hmm lepas raya ada midsem, fuh cuak kot. Taktahu lah apa nak jawab nanti  kat kertas soalan. Mesti muka macam ni o_0 sebab blurr aje memanjanggg. Aiyaa manyak susahh ini macam aaa.

Hm nak cerita sikit pasal budak praktikum or maksudnya kelas. Praktikum aku S3AP3 haha 25 perempuan 1 lelaki. Ohsemm kan ? Muahahaha bila dah ramai perempuan tu faham faham lah macam mana suasana kelas. Pergh bising betul haha. Kesian si lelaki seorang tu stress dengan kami, maaf lah ye kami perempuan memang cenggini ah jadinya.

Kalau kat matrik memang kena rajin, sebab kalau malas memang payah la kan. Kena rajin jumpa lecturer tapi masalahnya masa tak cukup. Rehat 2 jam tengahari tu pun ingat nak tanya tapi muka pun dah penat gilaa so terus balik bilik and have some rest. Yelah kalau tak rehat, time kelas petang tak pasal mengantuk. Kang terus tak fokus time lecture kan.

Minggu lepas masuk bola jaring, ala setakat lawan antara blok aje ngahaha. Alhamdulilah dapat jugak lah nombor keempat walaupun bukan johan tapi rasa bangga sebab at least dapat sumbangkan sesuatu untuk blok kan.

Ada jugak pergi selection bola jaring untuk KAKOM tapi hm nasib tak menyebelahi pulak. Ramai sangat yang hebat kan, jadi nevermind ah. Let bygone be bygone. *eh tetiba

So lepasni taktau lah bila lagi boleh hupdate belog tercinta ni kan sebab balik rumah pun bukan selalu plus masa pun pack gila kot. So for sesiapa yang terbaca post ni ke memang baca ke apa ke doakan eh aku kat sana. Supaya dipermudahkan belajar and senang untuk serap ilmu hehe. Tqvm.



Act aku ada banyak sangat benda nak cerita tapi malam ni entah rasa malas pulak nak menaip haa. Esok nak balik negeri sembilan dah dengan esaimen banyak tak buat, haha mampus ah. K k aku mengantuk pulak dah pukul 3 pagi dah ni hah tidur dulu la. Ada masa nanti hupdate lagi yee. Adiosss ~