Saturday, July 4, 2015

Suasana smka

Salam ramadhan al mubarak gaiss :)

Harini nak cerita pasal suasana smka. Seronok gila (walaupun masa sekolah dulu rasa macam ah nak blah je dari sekolah ni sebab bosan la blabla) tapi tu la tempat jatuh lagikan dikenang ini kan pula tempat bermain kan.

Dulu tak ada pun terfikir nak masuk smka masa form 1 tapi tu lah rupanya mak apply kan senyap senyap untuk anak dia ni. Masa dapat surat tawaran, i was like "ish sapa yang apply ni ?" "taknak la masuk smka" haha nak tak nak dah dapat kena la pergi. Arahan mak kan sobsob tapi aku percaya apa yang mak tentukan and pilih ada hikmah. 

Buktinya dari masa sekolah rendah liat nak sembahnyang masuk smka jadi kekok rasa awkward kalau tak sembahyang full. Bagus betul hasil tarbiah kat smka ni uhuks (insaf kejap)

Back to le story

Apa yang best tentang smka ni is that suasana islamik dia yang perhaps kau takkan dapat kat tempat lain (bagi aku la). 

Rutin harian

(masa sekolah)

4.30am : masa ni dah start bangun sebab asrama kitorang selalu takde air bila dah pukul 5 lebih so bangun awal mandi awal takyah berebut haha
6.00am :subuh berjemaah kat surau eh ke masjid org panggil ? tk sure. 
around 7am : kumpul kat dataran kejat untuk perhimpunan and dimulakan dengan bacaan asmaul husna and bacaan al quran (semua kena bawak tafsir sebab hari2 akan baca satu page ramai2 sambil berdiri)
7.30am-2.30pm : sesi pembelajaran
2.30 pm : solat zuhur sendiri kt surau and makan di dewan makan(rindu gila dm sebab makanan semua gila sedap sumpah wa cakap lu konfirm makan habis punya)
3.00 pm - 5.00pm : prep petang kat kelas masing2 (masa ni ramai akan buat homework la siapkan nota la atau tidur hekhek macam aku sebab ngantuk woi study pepetang)
5.00 pm : solat asar berjemaah and bacaan al mathurat (hari2 baca sampaikan boleh hafal dah satu al mathurat tu alhamdulilah)
6.30 pm : makan malam kt dm and siap utk ke surau
7.00 pm : untuk form 1 and form 2 akan ada akak cewah senior form 4 handle untuk ajar zikir. macam2 zikir baca. or berzanji ramai2. ataupun ada sesi tazkirah pendek atau ada sesi teguran haha tk suka part ni. siapa datang lambat lebih waktu kena tulis nama and nanti hujung minggu ada lah denda
9.00 pm : dah habis isyak terus gerak kelas utk prep malam
11.00 pm : habis prep boleh gerak dm untuk supper ataupun yang malas akan terus balik asrama siap untuk esoknya. time ni berebut nak iron baju sekolah esok, nak basuh baju yakni cop sinki kat toilet, yang mandi pun ada haha.
11.30 pm : bacaan al mulk dalam halaqah setiap dorm masing2. al mulk kena hafal start dari form 1. ada naqibah akan tasmik. makin naik tingkatan makin banyak surah kena hafal. contoh yassin, al waqiah and yg lain
12.00am : tidur. light off and pengawas kana jerit "tutup lampuuuuuu" hahahha yang dorm degil tu memang kena sound ah. suara satu asrama boleh dengor. kihkih lawok

(masa weekend)

hari sabtu, 

selalunya pagi lepas subuh berjemaah sarapan apa semua akan ada prep pagi kat kelas masing2. pakai baju prep and sebelum tu berkumpul kat asrama dulu beberapa minit bru gi kelas. habis prep around 12pm lepastu makan tenghari zuhur apa semua and aktiviti sendiri tk kisah la nak tidur ke basuh baju ke apa ke sukati kau melainkan ada program haha aku tak suka program weekend ganggu masa rehat

hari ahad,

pagi tu gotong royong. sebelum tu akan ada perhimpunan dulu cam biasa. akan ada sesi hafal hadis. sebelum ahad tu akan ada pihak badar macam ajk surau la tulis hadis kat papan putih bawah asrama tu and semua kena hafal. nama siapa naik masa perhimpunan kena baca sekali terjemahan (alhamdulilah ler tak pernah kena naik nama hahaha) lepas habis semua aktiviti sendiri dan berulang la rutin harian macam biasa.


ni dewan tempat kitorang exam. sempat amik pmr je kat sini lepastu spm kat sekolah lain hihi


ni bangunan form 3 rasanya kelas atas tu. tengah tu em bilik guru bawah tu pejabat bilik meeting bagai



ni lah dataran kejat (kalau tak silap aku tu nama dataran ni, tempat perhimpunan)


satu2 gambar kelas aku ada masa ni form 2 ke form 3 eh alah lupa tapi memang best. aku paling suka kelas ni selama aku belajar kt smka hihi banyak kenangan oi


masa ni form 2. join projek warga macam projek under bi lah melibatkan sekolah negeri perak. diberi satu isu contoh jalan raya ke kemalangan ke lepastu kena search info. mcam kitorang dulu siap pergi balai polis buat siasatan ewah haha :) tahu tak pembentangan ni kat mana? kat upsi. kat auditorium. jenuh ingat mana tempat ni rupanya kat audi haha. aku la tu pegang mic konon tak gentar bila bercakap padahal tuhan je tahu nerves nye haha. siapa sangka aku sekarang salah seorang pelajar upsi ? kihkih alhamdulilah rezeki. 

sampai sini je nak cerita. banyak lagi act pasal sambutan la sukan la tapi nanti entry panjang sangat pulak so kita simplify je lah hihi. 



Thursday, July 2, 2015

Rezeki milik Allah S.W.T

Hai assalamuaaikum.

Petang camni rasa bosan lah sementara nak tunggu time berbuka kejap lagi so apakata tulis something kan. So harini nak share something pasal rezeki.

Aku jenis cepat give up. Pantang tak dapat apa aku nak confirm terus down give up rasa takda semangat nak teruskan hidup. Tapi mak selalu cakap kadangtu Allah tak bagi apa kita mintak bersebab atau mungkin Allah nk kita sentiasa berdoa supaya apa yang kita nak diperkenankan.

Okay aku illustrate satu contoh.

Dulu masa form 4 kalau tak silap aku, aku join satu pertandingan netball wakil sekolah lawan antara sekolah lain kat area daerah aku. Aku taklah pandai mana main taklah sehebat pemain lain tapi aku usaha untuk jadi yang terbaik. Masa lawan tu, rezeki tak berpihak pada kami so we lost masa peringkat kumpulan if not mistaken.

Then dari pertandingan tu cikgu or jurulatih kat situ akan select few pemain untuk bertanding peringkat negeri (maksudnya wakil daerah lawan daerah lain, tu namanya peringkat negeri la kan).
That time aku tak de la heran pun semua tu sebab aku main pun simpanan je haritu ade la main berapa kali je pun tapi alhamdulilah rezeki yang tak disangka nama aku naik untuk jadi wakil daerah time tu.

So kitorang kena pergi satu sekolah ni (lupa dah nama sekolah ape aherher sebab dah lama ken) untuk latihan pusat. kat sini memang jumpa player yang agak hebat eh jauh lagi hebat dri aku. kat sini aku belajar dari bawah macamana jaga gerak kaki, macam mana sambut bola supaya pihak lawan tk dpt bola kita and banyak lagi. dari senarai yang ada kt situ, dua orang akan dibuang and only the best will be chosen.

masa kat sini aku dh cuak gila kot yelah ko bayangkan sana semua hebat la nak dibandingkan aku ni yang baru nak mula bertatih haha and bila our coach called out names yang terpilih, nama aku ada. ya Allah memang syukur sangat sebab tak sangka. yelah bertanding dengan dorang bukan senang. jadi kat sini nak cakap la kalau kita memang nak something kita doa banyak banyak insyaallah Allah permudahkan urusan kita.

next story. masa kat matrik

setiap tahun or senang cerita setiap intake baru akan ada kakom. maknanya sukan antara kolej matrikulasi cuma dia akan selang selikan setiap tahun sam ada dia akan buat antara matrik seluruh malaysia atau ikut bahagian utara ke selatan ke camtu la. time aku dibahagikan ikut bahagian so im glad sebab empat kolej je terlibat jadi kurang persaingan ihiks

masa selection untuk setiap permainan, aku turun nak cuba nasib. first pergi selection netball. i passed the first selection but i failed the second one. sumpah ah cakap bebudak matrik aku yakni negeri sembilan memang hebat gak aa main netball so memang time tu frust gila

balik bilik menangis terus weh haha rasa nak gelak benda mcamtu pun beria kan. siap call mak cakap frust bagai and mak cakap "kaklong doa la mana tau ada rezeki kat permainan lain kan"

memang aku doa betul betul sebab aku nak cari markah koko. kalau masuk kakom automatik markah koko kau full. siapa taknak ? kan.

ditakdirkan ada satu hari ni time kelas koko aku (kelas aku koko futsal time nih) kitorang main sepak bola and tahan bola. dalam kelas memang semua perempuan sorang je laki aherher lawak lepastu dapat futsal memang terabur habis kami main. cikgu suka panggil aku kalau nak buat demo sepak or tahan bola. taktahu mungin sebab aku lincah tahan bola dari setiap side, kebetulan ada sorag laki cikgu tengok kitorang main time tu (kiranya dua cikgu la cikgu koko aku and cikgu laki lagi sorang) cikgu sorang lagi ni coach hoki.

lepas dah habis tiem rest, cikgu hoki tu panggil dia tanya "awak nak main hoki? jadi simpanan untuk goalkeeper sebab sy tengok awk pandai tahan bola tadi"

aku macam terkejut weh and cakap "heh cikgu saya mana reti main hoki pegang kayu hoki pun tak pernah. takutlah"

"takpe nanti cikgu ajar. ni nanti petang karang turun training. ok"

aku pun turutkan jela. belajar lah basic hoki bagai tahan bola semua. taklah pro pun tapi alhamdulilah ok not bad. rezeki kami menang time lawan dapat naib johan beza satu mata. ahamdulilah.
kan aku dah cakap rezeki tu milik Allah kalau kita nak kita usaha kita doa kita tawakal insyaallah apa yg kita nak tu dipermudahkan hehe tu je nak cerita byee



ni teammates aku. team lelaki kalah time ni tema perempuan je menang hihi