Wednesday, February 4, 2015

3 minggu sudah berakhir

Assalamualaikum.

Harini terdetik nak menulis dalam blog tetiba haha. 3 minggu ni dapat banyak pengalaman, kenangan pahit manis getir semua ada. Rasanya tak terluah kalau nak cerita secara details satu persatu yang berlaku sepanjang tiga minggu cuti sem yang sepatutnya kami cuti sem tapi aktiviti palapes dan misi banjir pula yang kami buat. 

Kita mula dengan minggu pertama cuti sem. As usual habis exam kan, semua orang mula balik kampung. Kami palapes ni kentalkan hati, cekalkan diri stay kt upsi selama tiga minggu walhal sepatutnya kem cuma dua minggu tapi ditambah extra lagi seminggu sebab ada misi banjir waktu minggu first cuti sem ni. 

Misi banjir kami ke kuala krai, kelantan. Bukan kitorang team palapes je yang terlibat tapi suksis, sispa and orang awam dari persatuan lain pun terlibat sama. Kalau tak silap dekat 700 lebih gak kot student upsi pergi misi banjir yang keempat ni. Almost 20 bas jugak kitorang bergerak dari perak ke kelantan. Jauh beb ke sana, kematu kitorang dalam bas haha, Bertolak dalam pukul 10am and sampai dekat sekolah teknik vokasional kuala krai dalam pukul 8.30pm maybe lambat sebab kitorang banyak stop kot haha. Kat sana seriously memang tak ada elektrik sekolah tu sebab ye lah baru habis banjir kan fasiliti pun belum dibaikpulih sepenuhnya lagi. Tidur kat asrama putera dorang walaupun bergelap tapi best sebab first time rasa pergi jauh macamni dengan family palapes hehe. Banyak jugak kerosakan kat sana tapi sebab masa kitorang pergi tu banjir pun dah surut and dah ada misi lain yg datang jd tak teruk sangat la keadaan kat sana berbanding dengan masa misi pertama upsi ke situ. Banyaknya bergambar je la kat sana haha tapi at the same time, kerja pun jalan gak. Walaupun penat, tapi bila kita ada sifat ikhlas nak bantu orang lain kita akan rasa seronok. Sambil mencuci sambil menyanyi bagai haha. It was a great experience tho. Tak semua dapat merasa pengalaman menolong mangsa banjir. Setakat kau jadi keyboard warrior kat laman sosial kata macam macam, why dont kau turun dan beri pertolongan sendiri kan. Berat mata kita ni memandang mereka. Berat lagi bahu mereka yang memikul, Alhamdulilah syukur sangat sebab diberi peluang yang satu ini untuk membantu mereka saat mereka memerlukan kita. 











Habis tamat minggu pertama dengan jayanya misi banjir. 

Masuk pulak minggu kedua yakni lebih dikenali sebagai fasa medan. K maksud fasa medan ni kan kitaorang masuk hutan la. And sebab kitorang baru junior so basically lebih kepada pembelajaran asas lah. Masuk hutan yang dekat upsi jugak tapi kau bayangkan lah berjalan kaki dengan bagpack yang berat gila nak mati tu berjalan dari kolej kab sampai ke hutan belakang dewan besar. Can you just imagine that ? Perjalanan kitorang bukan takat tu je, dah sampai kat pusat koko tu kitorang jalan lagi masuk kedalam lagi hutan and dalam lagi sampaikan merentas sungai bagai. Gila memang mental rabak habis ah masa tu haha. Sampai je port kitorang yang ditentukan mengikut platun, kitorang kena buat pengkalan. Ada lah tebas pokok sikit, buat diameter lilitan pengkalan, korek kubu bagai. Paling sadis sekali, seharian ni korek kubu walaupun tak la dalam mana kan ada lah dalam lutut je pastu petang tu hujan. Kubu bertukar jadi kolam beb haha penuh air bertakung. Tak sempat merasa tidur dalam kubu tau. Malam tu kami diduga lagi, hujan lebat sangat tapi sebab nak hilangkan penat lelah ni kami gagahkan jugak ni tidur walaupun hujan lebat. Aku ni dah jenis tak tahan sejuk, peh memang vibrate satu badan menggeletar tahan sejuk time tu. 

Thanks to my buddy, athirah and dijah lagi sorang sebab dedua orang ni pakat peluk aku sebab nk hilangkan kesejukan tu sampaikan depa kata depa turut menggigil sekali bila aku menggigil haha. Macam2 lagi lah kitorang buat dalam tu sampaikan kadang2 mental koyak, nak nangis ada, nak keluar baris ada semua ada lah. But, believe me guys, masa tu je kau rasa stress masa tu je kau rasa pressure, tp bila kau dh lalui saat genting tu kan automatik babe perasaan tu hilang. Lagi2 bila ada kawan kawan family palapes ni yang sangat supportive. Yang tak rapat, yang tak kenal semua jadi rapat jadi kenal, Ikatan ukhwah ni kau susah nak jumpa kat luar sana. Sebab tu aku sangat sayang family ni. Ikatan ni yang buatkan aku kuat and kekal sampai sekarang. Im looking forward to stay sampai tauliah. In shaa Allah mudah mudahan :)


Ni gambar dengan juo kitorang yakni maksudnya puan senior puan abby yang jaga batch kitorang


Sempat bergambar dengan tuan oc yakni tuan batch 8 yang dah tauliah tahun lepas. Tuan jaga kitorang untuk kem tahunan dua minggu ni. Ada tambahan skuad dlm ni haha khai and nor. Aku rasa ngam gila bila kitorang berlima macamni. Sayang uolss muah muah hihi


Yang ni pulak dengan Tuan Karim tak ingat batch berapa tapi tuan pernah jadi best cadet ooo 


Last but not least, ni lah dua orang yang ada dengan aku dari awal masuk upsi sampai lah sekarang. Coursemate, arasmate, palapesmate haha semua lah. 


Tu je la nak cerita hahahha rasa macam buat karangan pulak. Al maklum le dah terbiasa life busy dengan aktiviti ni tetiba balik rumah tak ada apa nak buat dia jadi macam peh lifeless nye taktahu nak buat apa jadi kita berblogging lah pulak ye haha. Till we meet again people, adios amigos )