Monday, August 10, 2015

Short Vacation to Langkawi Island


Assalamualaikum uolss heheh.

Disebabkan bosan yang teramat jadi tangan ni rajin pulak nak menaip haha

Ok harini aku nak cerita pasal short vacay haritu to langkawi. Lama gila dah plan berbulan gak ah haha. Vacay kitorang kat langkawi ni 3 hari 2 malam.

Best gila sebab first time lah merasa bercuti dengan mmber kan rasa cam dah besar sangat hahaha yelah dah nak dekat dua puluh tahun dah. 

Jadi vacay ni firstly plan dengan mmber matrik pilah dulu pia, ummu dengan sue. Cadang nak gi bereempat lah memula tapi cam tk best je sikit orang so pia ajak kawan sekolah rendah dia amalina.

Jadi amal pun ajak la lagi empat orang kawan dia. Maka 4+5 = 9. Hahaha jadi semua sekali sembilan orang meriah lah kan sebab ramai kemain haha. 

Amal ni lah jadi masterplan nye sebab dia and geng dia dah biasa handle benda gini so dorang tahu lah bajet apa semua termasuk makan, penginapan, pengangkutan dengan aktiviti kat sana. So roughly kitorang bayar sorang rm190 (well that include penginapan kat charlie motel, makan, island hoping to beras basah island and tasik dayang bunting dengan pengangkutan which kitorg guna inova sbb ramai seh so muat la sembilan orang dlm tu haha)
................................................................................................................................................

First, aku, sue dengan ummu gerak dari tempat masing masing ke alor star (rumah pia). Malam tu beria la pia bawak pusing loqstaq haha. 


Ni masa petang hari aku sampai loqstaq sebab aku orang first sampai so pia bawak pi tasik ni ape entah lupa la apa nama dia haha. Sementara tunggu ummu dengan sue sampai menyempat la singgah sini bagi ikan makan hahaha



Yang ni masa malam kitorang round loqstaq. Ada gak ah orang lain bergambar situ hehe.

Esok tu baru gerak ke langkawi hiks

.............................................................................................................................................

Day 1,

Kitorang gerak dari jeti kuala kedah ke langkawi. Bayaran tambang feri rm23 seorang. 


Beg aku paling besar kan kat situ wakaka. Bukan apa senang bawak sebab beroda, padahal tak full pun barang sebab balik langkawi nak sumbat coklat dalam tu sekali hahaha. Bijak tak iols kikiki




Belakang tu syaffa nama dia, kawan amal yang duduk loqstaq gak. Kitorang gerak berlima hehe



Gambar ihsan pakcik google haha.


Lupa nak snap gambar haritu. So kat langkawi ni kitorang tidur kat charlie motel kat pantai tengah. Dekat je dengan pantai cenang boleh jalan kaki je. Motel ni yang atas kitorang tidur ni memang comfy gila



Satu malam rm70 per room. Share empat orang ke lima orang satu bilik dah jimat hehe.

Satu bilik tu ada dua katil queen size lengkap dengan aircond and tv, Jadilah untuk tidur malam je so as student yang ak berapa banyak duit ni haha jadi lah kan. Takpayah nak mewah sangat. Ni pun dah ahamdulilah sangat sebab motel ni situated betul2 depan laut. Memang best.




Masa ni kitorang nak pergi naik cable car so sementara nak sampai ke sana tu menyempat pulak bergambar kat sini. Tapi lupa la nama tempat dia apa nama harbor ke apa benda entah haha. Sorry gais bab ingat nama tempat memang aku fail hahaha.


Kitorang kalau tak selfie memang tak sah la kan haha



Ni masa dah sampai kat atas tu. Masa ni hujan la jadi naik cable car tu tak nampak sangat view luar. Kabus je so fefeling cam pergi cameron je lah haha.

Naik cable car or skycab ni charge dia rm 35 per person and kitorang masuk jugak skydome rm 5 per person.

Skydome ni tahpape je. Dia macam ko masuk dalam satu tempat ni duduk konon dalam wayang la tp kecik je pastu ngadap atas ada skrin bentuk cam kubah bulat gitu. So dia akan tayangkan kekonon ko naik roller coster la punya animation tapi aku tk rasa sangat pun haha sebab kejap je lima minit je. Tak puas. Hahaha


Lastly lepas skycab dengan skydome ni kitorang bereempat masuk Langkawi 3d Art Museum. Bayaran per person if tk silap rm 25 tapi sebab pia orang kedah jadi orang kaunter tu cakap kitorang semau dapat diskaun rm 20. Kira sorang asal kedah boleh diskaun kan sekali untuk empat orang. Jimat kan kihkih.

Okay habis tu kitorang pun balik motel. Mandi solat apa semua.

Malam tu jalan kat area pantai cenang and makan situ sekali. Memalam memang meriah la sebab ramai kan padahal kitorang pergi weekdays haha. Banyak foreigner la esp pak arab minah arab sebab memang musim arabss ni ke langkawi time tu.

...............................................................................................................................................

Next, day 2.

Kitorang pergi island hoping. Sewa bot tu rm 230 per boat and aku rasa murah sebab include sembilan orang kan. And lagi bagus sebab tu private boat. Amal punya cousin ke cemana entah yang akak handle boa tu. Memang boat tu dia punya la so a bit comfortable sebab kitorang tak campur dengan orang lain ehehe

Island hoping ni kalau nak book time sampai langkawi pun boleh sebab memang bersepah orang buat promotion kat sana.

So kitorang pergi pulau beras basah dengan tasik dayang bunting. Memang best sebab dapat mandi laut ehehe








Ni dekat tasik dayang bunting. Kira cam jeti dia la kena naik ke atas sikit baru jumpa tasik tu and ada kera sepanjang jalan ke atas. Seram hahahaha 


Pakai life jacket la weh nak mandi sebab air ni sangat la dalam. Walaupun engkorang pandai berenang tp pakai ah. Kat situ ada sewa life jacket rm 10. 

Rugi la dah datang tapi tak mandi kan. 

So fyi kan sini air dia air tawar. Padahal tasik ni kat tengah laut yang air masin. Kuasa Allah air tasik ni tawar and best sangat mandi. Rasa tenang je and air sangat lah jernih.




Semangat weh kitorang beli selendang warna warni ni atau lebih dikenali as pario nama saintifik haha. Rm 16 satu kitorang beli malam semalam tu kat cenang, semangat je nak bergambar haha. 

Lawa kan ? heheheh

So total masa kitorang island hoping dalam empat jam la gak dar jam 9am-12pm lebih camtu


Balik dari island hoping, kitorang pergi makan dulu and balik motel rest.

Petang dalam pukul 5 lebih baru keluar balik nak gi mandi pantai cenang. Kitorang naik banana boat rm 120 per boat tu pun lepas tawar menawar haha. Harga asal rm 135 tak silap sebab sembilan orang kan.

Best la sebab ni first experience aku. hahah sebab sebelum ni penakut ni pun naik sebab dorang semua naik. Bila dah naik ok je tkde apa pun hahaha. 

Best la sampai abang tu terjatuhkan kitorang tengah laut sebab tali tersangkut kat jetski. Dekat sepuluh minit la jugak tengah tu sebab jestki problem. Masa tu takutnya Allah je tahu, insaf gila. Yelah tengah laut kot pantai pun tak nampak. u la abang tu bajet bawak situ kan dah problem haha. Memula je la cuak lelama cool dah. Seronok ah serius rasa nak repeat lagi haha

Balik tu semua dah terkulai layu kepenatan..Malam dalam jam 9 kitorang keluar makan steamboat. Best la hahaha semua best ah takde apa yang tak best.


Rm 20 per person untuk steamboat ni. Memang puas habis sampai makan tak berhenti haha nasib la hujan time nak habis makan tu kalau tak, pakat tak balik ah kitorang dok makan je sampai kedai nak tutup haha. Lupa nama kedai apa sebab kedai ni baru lagi.

...........................................................................................................................................

Day 3, last day :(

Masa ni nak balik dah. Sebelum balik singgah dulu kat helang tu bergambar sebagai kenangan hehe. Sedih je sebab nak berpisah dah time ni.




Gambar sebagai penutup tirai percutian kami. Insyaallah ada rezeki kita plan vacay tempat lain pulak okay hehehe



Saturday, July 4, 2015

Suasana smka

Salam ramadhan al mubarak gaiss :)

Harini nak cerita pasal suasana smka. Seronok gila (walaupun masa sekolah dulu rasa macam ah nak blah je dari sekolah ni sebab bosan la blabla) tapi tu la tempat jatuh lagikan dikenang ini kan pula tempat bermain kan.

Dulu tak ada pun terfikir nak masuk smka masa form 1 tapi tu lah rupanya mak apply kan senyap senyap untuk anak dia ni. Masa dapat surat tawaran, i was like "ish sapa yang apply ni ?" "taknak la masuk smka" haha nak tak nak dah dapat kena la pergi. Arahan mak kan sobsob tapi aku percaya apa yang mak tentukan and pilih ada hikmah. 

Buktinya dari masa sekolah rendah liat nak sembahnyang masuk smka jadi kekok rasa awkward kalau tak sembahyang full. Bagus betul hasil tarbiah kat smka ni uhuks (insaf kejap)

Back to le story

Apa yang best tentang smka ni is that suasana islamik dia yang perhaps kau takkan dapat kat tempat lain (bagi aku la). 

Rutin harian

(masa sekolah)

4.30am : masa ni dah start bangun sebab asrama kitorang selalu takde air bila dah pukul 5 lebih so bangun awal mandi awal takyah berebut haha
6.00am :subuh berjemaah kat surau eh ke masjid org panggil ? tk sure. 
around 7am : kumpul kat dataran kejat untuk perhimpunan and dimulakan dengan bacaan asmaul husna and bacaan al quran (semua kena bawak tafsir sebab hari2 akan baca satu page ramai2 sambil berdiri)
7.30am-2.30pm : sesi pembelajaran
2.30 pm : solat zuhur sendiri kt surau and makan di dewan makan(rindu gila dm sebab makanan semua gila sedap sumpah wa cakap lu konfirm makan habis punya)
3.00 pm - 5.00pm : prep petang kat kelas masing2 (masa ni ramai akan buat homework la siapkan nota la atau tidur hekhek macam aku sebab ngantuk woi study pepetang)
5.00 pm : solat asar berjemaah and bacaan al mathurat (hari2 baca sampaikan boleh hafal dah satu al mathurat tu alhamdulilah)
6.30 pm : makan malam kt dm and siap utk ke surau
7.00 pm : untuk form 1 and form 2 akan ada akak cewah senior form 4 handle untuk ajar zikir. macam2 zikir baca. or berzanji ramai2. ataupun ada sesi tazkirah pendek atau ada sesi teguran haha tk suka part ni. siapa datang lambat lebih waktu kena tulis nama and nanti hujung minggu ada lah denda
9.00 pm : dah habis isyak terus gerak kelas utk prep malam
11.00 pm : habis prep boleh gerak dm untuk supper ataupun yang malas akan terus balik asrama siap untuk esoknya. time ni berebut nak iron baju sekolah esok, nak basuh baju yakni cop sinki kat toilet, yang mandi pun ada haha.
11.30 pm : bacaan al mulk dalam halaqah setiap dorm masing2. al mulk kena hafal start dari form 1. ada naqibah akan tasmik. makin naik tingkatan makin banyak surah kena hafal. contoh yassin, al waqiah and yg lain
12.00am : tidur. light off and pengawas kana jerit "tutup lampuuuuuu" hahahha yang dorm degil tu memang kena sound ah. suara satu asrama boleh dengor. kihkih lawok

(masa weekend)

hari sabtu, 

selalunya pagi lepas subuh berjemaah sarapan apa semua akan ada prep pagi kat kelas masing2. pakai baju prep and sebelum tu berkumpul kat asrama dulu beberapa minit bru gi kelas. habis prep around 12pm lepastu makan tenghari zuhur apa semua and aktiviti sendiri tk kisah la nak tidur ke basuh baju ke apa ke sukati kau melainkan ada program haha aku tak suka program weekend ganggu masa rehat

hari ahad,

pagi tu gotong royong. sebelum tu akan ada perhimpunan dulu cam biasa. akan ada sesi hafal hadis. sebelum ahad tu akan ada pihak badar macam ajk surau la tulis hadis kat papan putih bawah asrama tu and semua kena hafal. nama siapa naik masa perhimpunan kena baca sekali terjemahan (alhamdulilah ler tak pernah kena naik nama hahaha) lepas habis semua aktiviti sendiri dan berulang la rutin harian macam biasa.


ni dewan tempat kitorang exam. sempat amik pmr je kat sini lepastu spm kat sekolah lain hihi


ni bangunan form 3 rasanya kelas atas tu. tengah tu em bilik guru bawah tu pejabat bilik meeting bagai



ni lah dataran kejat (kalau tak silap aku tu nama dataran ni, tempat perhimpunan)


satu2 gambar kelas aku ada masa ni form 2 ke form 3 eh alah lupa tapi memang best. aku paling suka kelas ni selama aku belajar kt smka hihi banyak kenangan oi


masa ni form 2. join projek warga macam projek under bi lah melibatkan sekolah negeri perak. diberi satu isu contoh jalan raya ke kemalangan ke lepastu kena search info. mcam kitorang dulu siap pergi balai polis buat siasatan ewah haha :) tahu tak pembentangan ni kat mana? kat upsi. kat auditorium. jenuh ingat mana tempat ni rupanya kat audi haha. aku la tu pegang mic konon tak gentar bila bercakap padahal tuhan je tahu nerves nye haha. siapa sangka aku sekarang salah seorang pelajar upsi ? kihkih alhamdulilah rezeki. 

sampai sini je nak cerita. banyak lagi act pasal sambutan la sukan la tapi nanti entry panjang sangat pulak so kita simplify je lah hihi. 



Thursday, July 2, 2015

Rezeki milik Allah S.W.T

Hai assalamuaaikum.

Petang camni rasa bosan lah sementara nak tunggu time berbuka kejap lagi so apakata tulis something kan. So harini nak share something pasal rezeki.

Aku jenis cepat give up. Pantang tak dapat apa aku nak confirm terus down give up rasa takda semangat nak teruskan hidup. Tapi mak selalu cakap kadangtu Allah tak bagi apa kita mintak bersebab atau mungkin Allah nk kita sentiasa berdoa supaya apa yang kita nak diperkenankan.

Okay aku illustrate satu contoh.

Dulu masa form 4 kalau tak silap aku, aku join satu pertandingan netball wakil sekolah lawan antara sekolah lain kat area daerah aku. Aku taklah pandai mana main taklah sehebat pemain lain tapi aku usaha untuk jadi yang terbaik. Masa lawan tu, rezeki tak berpihak pada kami so we lost masa peringkat kumpulan if not mistaken.

Then dari pertandingan tu cikgu or jurulatih kat situ akan select few pemain untuk bertanding peringkat negeri (maksudnya wakil daerah lawan daerah lain, tu namanya peringkat negeri la kan).
That time aku tak de la heran pun semua tu sebab aku main pun simpanan je haritu ade la main berapa kali je pun tapi alhamdulilah rezeki yang tak disangka nama aku naik untuk jadi wakil daerah time tu.

So kitorang kena pergi satu sekolah ni (lupa dah nama sekolah ape aherher sebab dah lama ken) untuk latihan pusat. kat sini memang jumpa player yang agak hebat eh jauh lagi hebat dri aku. kat sini aku belajar dari bawah macamana jaga gerak kaki, macam mana sambut bola supaya pihak lawan tk dpt bola kita and banyak lagi. dari senarai yang ada kt situ, dua orang akan dibuang and only the best will be chosen.

masa kat sini aku dh cuak gila kot yelah ko bayangkan sana semua hebat la nak dibandingkan aku ni yang baru nak mula bertatih haha and bila our coach called out names yang terpilih, nama aku ada. ya Allah memang syukur sangat sebab tak sangka. yelah bertanding dengan dorang bukan senang. jadi kat sini nak cakap la kalau kita memang nak something kita doa banyak banyak insyaallah Allah permudahkan urusan kita.

next story. masa kat matrik

setiap tahun or senang cerita setiap intake baru akan ada kakom. maknanya sukan antara kolej matrikulasi cuma dia akan selang selikan setiap tahun sam ada dia akan buat antara matrik seluruh malaysia atau ikut bahagian utara ke selatan ke camtu la. time aku dibahagikan ikut bahagian so im glad sebab empat kolej je terlibat jadi kurang persaingan ihiks

masa selection untuk setiap permainan, aku turun nak cuba nasib. first pergi selection netball. i passed the first selection but i failed the second one. sumpah ah cakap bebudak matrik aku yakni negeri sembilan memang hebat gak aa main netball so memang time tu frust gila

balik bilik menangis terus weh haha rasa nak gelak benda mcamtu pun beria kan. siap call mak cakap frust bagai and mak cakap "kaklong doa la mana tau ada rezeki kat permainan lain kan"

memang aku doa betul betul sebab aku nak cari markah koko. kalau masuk kakom automatik markah koko kau full. siapa taknak ? kan.

ditakdirkan ada satu hari ni time kelas koko aku (kelas aku koko futsal time nih) kitorang main sepak bola and tahan bola. dalam kelas memang semua perempuan sorang je laki aherher lawak lepastu dapat futsal memang terabur habis kami main. cikgu suka panggil aku kalau nak buat demo sepak or tahan bola. taktahu mungin sebab aku lincah tahan bola dari setiap side, kebetulan ada sorag laki cikgu tengok kitorang main time tu (kiranya dua cikgu la cikgu koko aku and cikgu laki lagi sorang) cikgu sorang lagi ni coach hoki.

lepas dah habis tiem rest, cikgu hoki tu panggil dia tanya "awak nak main hoki? jadi simpanan untuk goalkeeper sebab sy tengok awk pandai tahan bola tadi"

aku macam terkejut weh and cakap "heh cikgu saya mana reti main hoki pegang kayu hoki pun tak pernah. takutlah"

"takpe nanti cikgu ajar. ni nanti petang karang turun training. ok"

aku pun turutkan jela. belajar lah basic hoki bagai tahan bola semua. taklah pro pun tapi alhamdulilah ok not bad. rezeki kami menang time lawan dapat naib johan beza satu mata. ahamdulilah.
kan aku dah cakap rezeki tu milik Allah kalau kita nak kita usaha kita doa kita tawakal insyaallah apa yg kita nak tu dipermudahkan hehe tu je nak cerita byee



ni teammates aku. team lelaki kalah time ni tema perempuan je menang hihi











Monday, June 29, 2015

Pembangunan Sahsiah

Assalamualaikum heh lama gila tak update entry dekat blog. Tak ! bukan apa memang tak update pun tapi selalu busy and kadangtu dah bukak tapi takde idea nak tulis pasal apa wehee

So, harini terasa nak cerita pasal satu program yang aku and my groupmates handle haritu. Eh tkdela haritu sangat lama dah haha tengah sem haritu rasanya kalau tak silap. Program outreach untuk subjek pembangunan sahsiah.


so ni lah ncdrc (national children development research centre)



jalan kaki je uolss jimat hahaha

So haritu lepas plan berapakali punya plan, capai kata sepakat buat kat tempat dekat je. jimat bajet pengangkutan mwehehe setakat kat ncdrc dalam upsi je. oh kauorang mesti taktahu ncdrc apa kan em if tk silap aku tu singkatan national children development research centre.

ncdrc ni mostly budak budak dari kalangan anak lecturer rasanya. so high sikit demand nak buat program sini. aktiv iti kena bagus makanan nak bagi pun kena berkhasiat bebetul tau (kitorang cadang nak bagi roti dengan air kotak biasa je but it turns out that kitorang kene bagi susu uht dari bg susu biasa. i was like -,- omg over nye aku dulu elok je minum air biasa dah masuk uni dh skrg haha)

ok tu je part geram sikit ....

jadi sebelum apapun let me introduce my super duper amazing groupmates. sayang gila diaorang n sebab aku rasa program kalini memang diadakan dengan sangat jayanya sekali.


rondy azhar, nad, yan, aisy, and me



tambahan lagi sorang azam sebab dia ukan amik gambar haha so kena gilir2 untuk dapatkan gambar semua

tema kitaorang biru. aku baju biru yang ada satu tu je la baju kmns hahaha pun boleh la kan janji menutup aurat acewah.

anggaran kos kitorang program ni agak tinggi jugak and duit memang datang dari duit poket masing masing. sebelum mula program memang kami dah pi beli barang apa semua dari segi breakfast dorang hadiah apa semua.

oh lupa program kitaoran ni melibatkan budak umur 5 dengan 6 tahun. kauorang boleh imagine how hard to control these kids ? ohmai aku kalau takde sabar memang dah kena lepuk dah sorang sorang haha. mana taknya time tengah buat aktiviti panaskan badan ade yang gaduh kt belakang. ada yang taknak join ada itu ini. biasa lah budak kan memang mcam ragam. sebabtu tak semua boleh jadi cikgu tadika walhal kau tengok macam eh senangnya la tapi kalau tk reti control budak toksah la jd cikgu tadika naa haha

at first jumpa budak budak suruh dorang panggil kitaorang abang and kakak tapi ada cikgu deme kebetulan masa tu and cakap kena suruh dorang panggil kitorang cikgu baru dorang akan dengar cakap.

maka bermula la adegan cikgu dan anak murid haahah

"cikgu.. dia taknak kawan saya"
"cikgu tengok ni rambut saya cantik kan"
"cikgu jom tengok cerita kartun"

dan.. banyak lagi lah cikgu itu ini hahaha

memang seronok bila org panggil kita cikgu. and impian aku dari kecik lagi memangnak jd cikgu kononnya nk ikut jejak mak kan so program ni sedikit sebanyak menaikkan lagi semangat nak jadi pendidik one day nanti in shaa Allah

jom cikgu belanja gambar masa program hihi








banyak lagi gambar tapi line internet ni lambat ngalahkan siput je. so apapun program ni memang best and im looking forward to be a real teacher soon. amin





Wednesday, February 4, 2015

3 minggu sudah berakhir

Assalamualaikum.

Harini terdetik nak menulis dalam blog tetiba haha. 3 minggu ni dapat banyak pengalaman, kenangan pahit manis getir semua ada. Rasanya tak terluah kalau nak cerita secara details satu persatu yang berlaku sepanjang tiga minggu cuti sem yang sepatutnya kami cuti sem tapi aktiviti palapes dan misi banjir pula yang kami buat. 

Kita mula dengan minggu pertama cuti sem. As usual habis exam kan, semua orang mula balik kampung. Kami palapes ni kentalkan hati, cekalkan diri stay kt upsi selama tiga minggu walhal sepatutnya kem cuma dua minggu tapi ditambah extra lagi seminggu sebab ada misi banjir waktu minggu first cuti sem ni. 

Misi banjir kami ke kuala krai, kelantan. Bukan kitorang team palapes je yang terlibat tapi suksis, sispa and orang awam dari persatuan lain pun terlibat sama. Kalau tak silap dekat 700 lebih gak kot student upsi pergi misi banjir yang keempat ni. Almost 20 bas jugak kitorang bergerak dari perak ke kelantan. Jauh beb ke sana, kematu kitorang dalam bas haha, Bertolak dalam pukul 10am and sampai dekat sekolah teknik vokasional kuala krai dalam pukul 8.30pm maybe lambat sebab kitorang banyak stop kot haha. Kat sana seriously memang tak ada elektrik sekolah tu sebab ye lah baru habis banjir kan fasiliti pun belum dibaikpulih sepenuhnya lagi. Tidur kat asrama putera dorang walaupun bergelap tapi best sebab first time rasa pergi jauh macamni dengan family palapes hehe. Banyak jugak kerosakan kat sana tapi sebab masa kitorang pergi tu banjir pun dah surut and dah ada misi lain yg datang jd tak teruk sangat la keadaan kat sana berbanding dengan masa misi pertama upsi ke situ. Banyaknya bergambar je la kat sana haha tapi at the same time, kerja pun jalan gak. Walaupun penat, tapi bila kita ada sifat ikhlas nak bantu orang lain kita akan rasa seronok. Sambil mencuci sambil menyanyi bagai haha. It was a great experience tho. Tak semua dapat merasa pengalaman menolong mangsa banjir. Setakat kau jadi keyboard warrior kat laman sosial kata macam macam, why dont kau turun dan beri pertolongan sendiri kan. Berat mata kita ni memandang mereka. Berat lagi bahu mereka yang memikul, Alhamdulilah syukur sangat sebab diberi peluang yang satu ini untuk membantu mereka saat mereka memerlukan kita. 











Habis tamat minggu pertama dengan jayanya misi banjir. 

Masuk pulak minggu kedua yakni lebih dikenali sebagai fasa medan. K maksud fasa medan ni kan kitaorang masuk hutan la. And sebab kitorang baru junior so basically lebih kepada pembelajaran asas lah. Masuk hutan yang dekat upsi jugak tapi kau bayangkan lah berjalan kaki dengan bagpack yang berat gila nak mati tu berjalan dari kolej kab sampai ke hutan belakang dewan besar. Can you just imagine that ? Perjalanan kitorang bukan takat tu je, dah sampai kat pusat koko tu kitorang jalan lagi masuk kedalam lagi hutan and dalam lagi sampaikan merentas sungai bagai. Gila memang mental rabak habis ah masa tu haha. Sampai je port kitorang yang ditentukan mengikut platun, kitorang kena buat pengkalan. Ada lah tebas pokok sikit, buat diameter lilitan pengkalan, korek kubu bagai. Paling sadis sekali, seharian ni korek kubu walaupun tak la dalam mana kan ada lah dalam lutut je pastu petang tu hujan. Kubu bertukar jadi kolam beb haha penuh air bertakung. Tak sempat merasa tidur dalam kubu tau. Malam tu kami diduga lagi, hujan lebat sangat tapi sebab nak hilangkan penat lelah ni kami gagahkan jugak ni tidur walaupun hujan lebat. Aku ni dah jenis tak tahan sejuk, peh memang vibrate satu badan menggeletar tahan sejuk time tu. 

Thanks to my buddy, athirah and dijah lagi sorang sebab dedua orang ni pakat peluk aku sebab nk hilangkan kesejukan tu sampaikan depa kata depa turut menggigil sekali bila aku menggigil haha. Macam2 lagi lah kitorang buat dalam tu sampaikan kadang2 mental koyak, nak nangis ada, nak keluar baris ada semua ada lah. But, believe me guys, masa tu je kau rasa stress masa tu je kau rasa pressure, tp bila kau dh lalui saat genting tu kan automatik babe perasaan tu hilang. Lagi2 bila ada kawan kawan family palapes ni yang sangat supportive. Yang tak rapat, yang tak kenal semua jadi rapat jadi kenal, Ikatan ukhwah ni kau susah nak jumpa kat luar sana. Sebab tu aku sangat sayang family ni. Ikatan ni yang buatkan aku kuat and kekal sampai sekarang. Im looking forward to stay sampai tauliah. In shaa Allah mudah mudahan :)


Ni gambar dengan juo kitorang yakni maksudnya puan senior puan abby yang jaga batch kitorang


Sempat bergambar dengan tuan oc yakni tuan batch 8 yang dah tauliah tahun lepas. Tuan jaga kitorang untuk kem tahunan dua minggu ni. Ada tambahan skuad dlm ni haha khai and nor. Aku rasa ngam gila bila kitorang berlima macamni. Sayang uolss muah muah hihi


Yang ni pulak dengan Tuan Karim tak ingat batch berapa tapi tuan pernah jadi best cadet ooo 


Last but not least, ni lah dua orang yang ada dengan aku dari awal masuk upsi sampai lah sekarang. Coursemate, arasmate, palapesmate haha semua lah. 


Tu je la nak cerita hahahha rasa macam buat karangan pulak. Al maklum le dah terbiasa life busy dengan aktiviti ni tetiba balik rumah tak ada apa nak buat dia jadi macam peh lifeless nye taktahu nak buat apa jadi kita berblogging lah pulak ye haha. Till we meet again people, adios amigos )

Wednesday, July 23, 2014

Apa eh tajuk ? hmm

Assalamualaikum w.b.t

Lama gila iolss tak update blog hahahaha. Harini buka blog and rasa macam nak update something well actually banyak nak cerita. So nak begin dengan apa ?

Jom cerita pasal result matrik haritu hihi eh haritu ke ? Lama dah dapat sebenarnya. Alhamdulilah cgpa 3.46 and actually sangat tak sangka boleh dapat macamtu well even bukan 4flat tapi rasa macam seronok sangat haha. Paling seronok bila bio dapat A, tak sia sia struggle gila subjek ni. Padahal time spm dulu bio aku C kot kahkah teruk gila. BUT paling seronok bila bagitau kat mak result and mak immediately peluk terus time tu perghh terharu gila k hehe. Seronok dapat tebus balik result spm yang banyak gred tu. Semua gred ada aku dapat tau hahah teruk nyaaa. Apa pun bear this in your mind "bukan pandai yg determines everything. Its all about our effort, doa serta tawakal" In shaa Allah mudah mudahan berjaya :)

K k next nak cerita time matrik ada jugak try lagi sekali apply ipg (institut pendidikan guru). Mak yag suruh apply at first and i was like okay no hal why dont we give it a try kan. Kot kot ada peluang ke kan mana kita tahu. Lepas spm dulu ada applu jugak but sebab result spm kurang memberangsangkan tak dipanggil langsung pergi interview. Tapi apply kalini pun actually guna jugak result spm. Kali ni ada dua kali saringan, first ukcg(ujian kecergasan calon guru) and for those yang dah pass ukcg baru akan dipanggil temuduga. Memang rezeki aku alhamdulilah lepas ukcg yg test kecergasan diaorang buat boleh tahan payah gak and dapat pergi temuduga tu. Ramai yg cakap kalau siapa dpt sampai temuduga that means 80% chances utk dapat ipg, so i really put high hopes onto that. Tapi yelah takda rezeki masa check result tak dapat pun ipg even first or second intake. 

Dengar cerita pihak kpm nak spm results over 7A ke atas macam tu. And i was like +.+ result aku 5A jeeeee. K fine k takpelah. menangis jugak seharian tu haha tp alhamdulilah as time flies i get used to it. Mungkin rezeki tak ada untuk jadi pendidik kali ni. Mungkin ada peluang lain yg lebih berharga masa akan datang. Bersangka baik je yg mampu kan. 

So sekarang secara rasminya aku jadi penganggur terhormat sejak habis matrik sampai sekarang wahahha. Nak kerja tapi nak ambil lesen dulu. Alhamdulilah dapat dah lesen kereta even kena repeat test sekali kahkah takpelah. Tapi duit banyak habis oh aduii. 

Ni nak dekat raya dah and the thing that frighten me the most is result upu akan keluar bulan ogos ni. Ah debar nya Allah saja yang tahu. Nampak je muka ni relaks macam takde apa jadi padahal takut cuak semua ada kahkah. Harapnya kos apa pun yang aku dapat nanti, aku mampu belajar bersungguh sungguh. Niat nak bagi mak abah and family semua gembira dengan pencapaian aku nanti. Pastu kalau dah grad boleh kerja bagus bagus boleh belanja family hihi. Nak belnja dorang makan lagi lagi mak teringin sangat nak makan lobster. Kena kumpui duit supaya hajat mak tercapai hihi. 

Okay lah dah pukul lima lebih dah ni nak siapkan makanan berbuka. Anak dara eloklah turun ke dapur kan tolong mak masak or apa apa yg patut hikhik. Ok kalau ada kelapangan lagi akan aku coretkan lagi dalam blog a.k.a diari online ku inii. Wsalam =]




Monday, March 17, 2014

Prepare for the final battle

Assalamualaikum..

It has been a long time though since i write my last post. I'm kind of busy lately wth lots of assignments, quizzes, tests and yeah final is just around the corner.

Dalam tak sedar, dah nak habis zaman matrikulasi kat pilah. How time flies isn't it ? Besar dah anak mak, dah nak sembilan belas tahun. Boleh kahwin dah kot ? Er haha okay no comment.

While i'm writing this post, actually it is science computer class and teacher has a work to do. Jadi kami pun apa lagi, ambil kesempatan lah on internet sat. HAHA. *peluang keemasan jangan dilepaskan

Lepasni bila aku baca balik post ni, tears must be dropping from my eyes. Remembering those moments at matrics. I swear ! I don't want to leave my friends. Those moments with them are priceless. NO ONE could ever replace them in my heart. Uhibukifillahjiddan ya ukhti. Sayang kau orang walaupun kau orang suka bahan aku apa semua tapi haha takpa. Life kan seronok. I take it as a joke. No hard feeling ok.

Otak serabut gila sekarang cause lo of things to be cover. Semua subjek aku risau. Risau tak dapat jawab time exam nanti. But before the exam starts, I'll make sure myself get fully prepared. Guys, doakan aku ye.

So I think sampai sini jelah kot. Idea tak ada sebenarnya haha. So till we meet again mr.blog. XOXO