Saturday, July 6, 2013

I'm one of the matric students ~

Assalamualaikum..

Heyya lama tak jejak sini, berhabuk dah pun haa. Haha busy gila oh, ni pun baru lah dapat jejak rumah lepas lebih kurang sebulan kat matrik. Hm kat sana asyik nangis je dah tak boleh kira dah kot berapa kali nangis. Mula mula dulu nangis sebab homesick, pehtu dah lama tak ah homesick sangat kan. Bila class dah start semua pakat muka eksaited first time belajar dalam dewan kuliah bukan macam sekolah belajar kat kelas. Lama lama rasa biasa je sebenarnya haha.

Tapi tu lah stress hoi nak kejar pembelajaran yang super power speed gila tu. Adoi dah lah otak pun biasa je, nak kejar semua dalam satu masa ? Memang tak ah kan huhu :'( Kadang kadang nak je stay up malam2 buat homework tapi tak boleh sebabnya tak reti nak buat langsung. LANGSUNG okaayyyy ! Rasa macam "apahal bengong sangat aku ni, soalan satu pun tak reti nak buat" then apalagi tutup buku tidur ah. Rasa tenang sikit muehehe (._.)



Hmm lepas raya ada midsem, fuh cuak kot. Taktahu lah apa nak jawab nanti  kat kertas soalan. Mesti muka macam ni o_0 sebab blurr aje memanjanggg. Aiyaa manyak susahh ini macam aaa.

Hm nak cerita sikit pasal budak praktikum or maksudnya kelas. Praktikum aku S3AP3 haha 25 perempuan 1 lelaki. Ohsemm kan ? Muahahaha bila dah ramai perempuan tu faham faham lah macam mana suasana kelas. Pergh bising betul haha. Kesian si lelaki seorang tu stress dengan kami, maaf lah ye kami perempuan memang cenggini ah jadinya.

Kalau kat matrik memang kena rajin, sebab kalau malas memang payah la kan. Kena rajin jumpa lecturer tapi masalahnya masa tak cukup. Rehat 2 jam tengahari tu pun ingat nak tanya tapi muka pun dah penat gilaa so terus balik bilik and have some rest. Yelah kalau tak rehat, time kelas petang tak pasal mengantuk. Kang terus tak fokus time lecture kan.

Minggu lepas masuk bola jaring, ala setakat lawan antara blok aje ngahaha. Alhamdulilah dapat jugak lah nombor keempat walaupun bukan johan tapi rasa bangga sebab at least dapat sumbangkan sesuatu untuk blok kan.

Ada jugak pergi selection bola jaring untuk KAKOM tapi hm nasib tak menyebelahi pulak. Ramai sangat yang hebat kan, jadi nevermind ah. Let bygone be bygone. *eh tetiba

So lepasni taktau lah bila lagi boleh hupdate belog tercinta ni kan sebab balik rumah pun bukan selalu plus masa pun pack gila kot. So for sesiapa yang terbaca post ni ke memang baca ke apa ke doakan eh aku kat sana. Supaya dipermudahkan belajar and senang untuk serap ilmu hehe. Tqvm.



Act aku ada banyak sangat benda nak cerita tapi malam ni entah rasa malas pulak nak menaip haa. Esok nak balik negeri sembilan dah dengan esaimen banyak tak buat, haha mampus ah. K k aku mengantuk pulak dah pukul 3 pagi dah ni hah tidur dulu la. Ada masa nanti hupdate lagi yee. Adiosss ~


Saturday, May 18, 2013

I'll miss you my dear friend, my dear bestfriend

Assalamualaikum semua...

Hey uollss hihi, harini rasa seronok sangat, sebab membe aku yang sorang ni tidur rumah aku weheee hihi. Best sebab dapat lepak sampai ke pagi, nanti nak masuk matrik dah tak jumpa selalu dah. Aku pun entah bila lah nak balik ipoh. Yela negeri sembilan dengan ipoh jauh, habislah duit kalau asyik balik je kan. 

Eh haa gue lupa nak kenalkan nama dia haha, adus sori pembaca sekalian. K k nama dia Aimi Nadirah Rahimi ehe. Start kenal dia time aku masuk form 4 dulu kat smk jati. Mula mula cam tak tegur pun sebenarnya haha masing masing segan je kot. Aku start rapat masa dia nak pergi kem sarjan/staf krs time tu heheh. Sebab mintak aku ajarkan ikatan, start situ la mula rapat mula kenal budak sorang ni ha. 

Pehtu time form 4 sampai lah ke form 5 selalu jugak ah berkepit dengan dia. Ada juga cakap kami macam kembar haha sebab muka pun hampir nak serupa dah. Ayoyo parah haha. 

Mula mula kenal macam pendiam je tau budak ni haha, lama lama dia pun sama je dengan aku. Sekepala jugak haha sebab tu boleh rapat dengan dia sampai harini. Susah senang aku dia ada sekali, itulah namanya sahabat sejati. Bukan bila susah, tinggal kawan macam tu je.


Haa see, dia berselindung di sebalik aku haha comel je kan kau ni aimi oi. So aku pendekkan cerita jelah ye kat sini. A lil bit advice from me to you :
  • nawaitu mesti betul
  • belajar bersungguh sungguh
  • rajinkan diri kau k, struggle habis habisan 
  • bila dah usaha kau doa bebanyak
  • pehtu tawakal kepada Allah
  • tak kira mana kau belajar, kau kena ingat aku hehe
  • jangan lost contact tau dengan aku
  • jangan nakal nakal

And lastly do remember this.. aku sayang hang k sampai bebila and hope sesangat we will be friends forever k hehe :)




Wednesday, May 15, 2013

Its about her

Bismillahhirahmanirrahim.

Assalamualaikum..

Hey harini aku nak cerita pasal seorang budak perempuan ni Nurul Syafikah Najwa or also known as wawa hehe. She is my friend kat smk jati, one of my bestfriend jugak. Disebabkan dia nak aku tulis pasal dia kat sini, jadi aku pun tunaikan lah permintaanya tu. Act, dah lama nak tulis tapi busy plus takda idea haha. So sorry babe.

Okay, kat sini aku nak ucap thanks sangat kat kau sebab sudi kawan dengan aku. Hehe aku tahu tak ramai pun yang sudi nak kawan dengan aku ni ha tambah tambah lagi aku ni budak baru kan. Tiba tiba teringat masa awal form 5 aku dapat surat dalam pencil case aku. Haha ayat dalam surat tu 'sedap' sangat sampai aku rasa nak nangis. Haha tak sangka ada juga orang yang cakap aku ni macam macam, but sokay lah. Everyone has their own opinion kan. Haha k lupakan hal tu malas nak ingat, back to le story...

So to wawa, kau belajar nanti elok2 okay. No matter mana kau belajar, course apa yang kau ambil sekalipun aku nak kau usaha sungguh sungguh and please jangan give up okay.
Kau pedulikan je kalau ada orang mengata kau ke cakap buruk pasal kau ke, biarkan mereka. Bukan semua mulut kita boleh tutup kan.


Aku harap kau tak lupakan kawan kau ni ha, yang banyak cakap, banyak mengadu pasal masalah, banyak berceloteh and lots more haha so sorry k kalau aku ada buat kau terasa ke or anything else yang buat kau terasa hati dengan aku. I'm so so so sorry k ^_^

Jangan lupa contact aku kalau kau free, okay ? Aku mesti akan rindukan kau punya. Aku harap kau kuat sentiasa untuk hadapi dunia luar nanti. Jangan terpengaruh dengan benda tak elok, and kena pandai pilih kawan k. Berhati hati kat luar sana. Jaga hati jaga iman. Aku pun tak lah perfect mana tapi as a friend aku hanya mampu bagi nasihat :]




Thanks for being a good, nice and awesome friend. Hope our friendship will never ends :)

Sunday, April 28, 2013

Hari Anugerah

Assalamualaikum uollss..

Heyya harini nak cerita pasal hari anugerah jumaat haritu hihi. Lambat sikit tulis sebab i was quite busy nowadays cewah haha busy amende entah. K back to le topic, serius dah lama gila tak naik pentas ambil hadiah, last pun time upsr sebab dapat 5A kekeke, upsr je pun kan. Time pmr tak dapat naik sebab kalau tak silap yang naik tu straight A's je and aku bukanlah salah seorang yang tergolong *sedih

So kali ni dapat jugak naik pentas, alhamdulilah syukur sangat walaupun tak lah straight A's but only 5A's je. Alhamdulilah jugak syukur sangat hehe. So pagi jumaat tu hari anugerah start jam 8 pagi, so aku dengan malasnya terpaksalah bersiap awal sebab kalau tidak lambat ah sampai sekolah kan.

So around 7.50am macam tu gerak pergi rumah aimi, sebab dah janji dengan dia nak pergi sekali takmau ah pergi sorang segan gila i haha. So sampai je sekolah daftar nama apa semua untuk sahkan kehadiran, terus jumpa cikgu sebab time ambil result haritu tak sempat jumpa cikgu. So jumpalah mereka semua and cakap thanks sudi ajar kiteorang yang agak nakal ni hihi. sempat lah bergambar sikit je sebab hari tu cikgu pun kelam kabut dengan preparations apa semua.

Alhamdulilah aku dapat dua anugerah, firstly sebab dapat 5A and second sebab dapat anugerah matapelajaran terbaik Tasawwur Islam, bangga duh. Haha tak sia sia aku ambil subjek tu walaupun at first macam ragu ragu jugak yela takut tak score kan. Tasawwur ni tak susah sebenarnya if kita baca sebab lebih kurang pendidikan islam jugak cuma bezanya subjek ni kena belajar sendiri,yelah nama pun subjek tambahan kan. Hehe alhamdulilah dapat A+ :)

Seronok jumpa kawan kawan semua sebab nanti dah tak jumpa dah, masing masing dah belajar tempat lain kan. I'm totally gonna miss those memories kat sekolah even just sekolah kat situ setahun lebih je, tapi best sangat dengan kawan kawan yang banyak membantu, yang pandai ajarkan yang kurang pandai. Helping each other lah kiranya kan, thanks friends. So kat sini ada lah sikit gambar aku letak haha tak banyak pun sebab cilok gambar diaorang :)






Itu je nak cerita kali ni hehe, have fun semua XD

Tuesday, April 23, 2013

Habis dah espiemmmm

Assalamualaikum.. 

Okay bagi memenuhkan belog ni jadi terpaksa lah aku kerah idea supaya orang pun tak bosan baca. Eh ada ke orang baca belog ni eh haha, nvm lah aku tak kisah janji aku dapat tulis apa aku nak kat sini kan. 

Haa apa eh nak cerita kat sini, rasa macam na cerita semua benda yang jadi kat dalam hidup ni tapi apakan daya tangan pun ada dua tak mampu nak tulis bebanyak dalam satu masa jadi slow slow ajelah nampaknya.

K bulan 12 tahun lepas tahun 2012 habis je paper spm i was like "omg habis skola dah aku? cepatnyaa tak sangka betul dah besar dah aku ni kan' haha habis je paper rest kat rumah and i was like uhh bosannyaaa taktahu nak buat apa kot kat rumah.
Rindu nak study group sesama
Rindu nak gosip sesama
Rindu nak rush pergi kantin takut makanan habis
Rindu nak ajar kawad
Rindu nak buat homework kat perhimpunan 
Rindu macam macam la

But, then apa boleh buat kan, semua tu dah berakhir and i am totally freedom for all those things. So nak hilangkan sedih + boring  tak buat apa kat rumah, i decided to find a job for me. Sekurangnya dapat merasa pegang duit sendiri kan. Then try cari kat area rumah,  cari punya cari dapat time lah interview and terus dapat kerja kat snogurt, ala ala tutti frutti jugak. Kerja situ empat bulan je then terus berhenti haha. Bosan kot kena kerja bawah orang. Haiyaaa

 

Sedap kan atas ni ? Haa itu lah snogurt atau kata lainnya frozen yogurt, sedap oh

After that, dah berhenti kerja duduk rumah jadi penganggur terhormat duh haha. Bosan gilaa kot then ada kawan mak suggest kerja kat kedai dia kedai terapi al jabar kejap ganti staff sorang tu balik sarawak. Mulanya macam malas gak ah kan nak kerja balik tapi fikir bosan duduk rumah plus nanti dapat jugak duit so lebih baik kerja. Ala kerja 10 hari je, so not bad ah hihi. Habis kerja tu, jadi balik penganggur sampai sekarang haha. 

So sekarang i'm just waiting for maktab and upu jelah, harap adalah rezeki ku di situu huhu T__T
Harap semuanya dipermudahkan Allah untuk aku, amin :)





Sunday, April 21, 2013

Its over

Assalamualaikum..

Well, act aku taktahu nak tulis apa because aku dah lama tak berblog bagai ni. So this is totally a new look for my blog. Walaupun tak secomel tak secantik belog orang lain tapi ada aku kisah, haha janji aku dapat coretkan apa yang terbuku dalam hati dan sanubariku ini kekekekeke. *ayat bm tak tahan. 

Cepat je masa berlalu kan, sekarang dah lepas dah zaman sekolah yang busy dengan homework, kawad, netball etc etc haha malas nak tulis panjang. Seriously I'm gonna miss those sweet memories plus the sad memories too hahah. And bila kita cakap dah habis skola for sure orang akan teringat nak tanya something kan ? Haa ? Tak tahu ? Haa spm lah wey adus lembab haha. Aku bersyukur dengan result spm aku walaupun tak sebagus orang lain but i'm totally proud of myself, at least nanti aku naik pentas hihi *muka eksaited*

Walaupun dah habis skola tapi like seriously i miss my friends so much. Seronok bila ada geng yang sanggup menggila bersama, suka duka bersama walaupun aku kenal mereka dalam tempoh yang tak berapa lama. Like seriously i miss them T___T Time habis je last paper spm kiteorang semua jadi gila tetiba sebab hilang semua stress pikir nak jawab soalan hihi.

Sampai je bawah semua muka eksaited gila weh haha :)


Haa disebabkan dah pukul dua setengah pagi dan aku masih lagi berjaga walhal mata dah nak tutup jadi aku rasa sampai sini jelah aku coretkan eh. Next time aku tulis lagi yaww ~